Suka makan tembikai tak? Kalau tak suka, jom tengok kenapa kita kena suka makan tembikai ni. Paksa rela, okay? HEHE
Baby memang suka tembikai sebab rasanya yang manis tu |
"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit".
Satu hari Taif telah menghadiahkan buah tembikai kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga".
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian Sayidina Ali bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.
Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya. Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya dan kepada sesiapa yang memakannya adalah dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."
Jom kita tengok apakah rahsia si cantik merah menyala ini:
Warna Merahnya yang menyala-nyala menggamit untuk dimakan segera, nyum-nyum =) |
- Memakan buah tembikai sebelum makan akan membersihkan usus dan dapat menghindarkan penyakit.
- Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Sumber vitamin A dan C yang tinggi dapat mencegah penyakit.
- Tembikai mengandungi lycopene. Lycopene ini merupakan antioksida yang selalu dijumpai dalam buah-buahan berwarna merah. Kajian mendapati lycopene ini mampu mencegah risiko kanser prostat, penyakit jantung, kanser usus besar, asma, osteoperosis.
- Tembikai mengandungi vitamin B6. Vitamin B6 merupakan sumber penting untuk diet yang seimbang dan dapat membantu manusia daripada masalah penyakit panik dan kebimbangan, mengurangkan masalah penglihatan mata terutamanya masalah rabun.
- Tembikai dikenali sebagai Citrullus Vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru, gastrik dan masalah kulit.
- Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
- Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Banyaaakk sangat kan khasiat buah tembikai ni. Dah la manis, senang dapat, banyak kelebihan pulak tu. Jadi siapa yang jual mahal dengan si tembikai ni memang rugi sangat! Jom kita borong tembikai =)
lepas ni kena selalu makan buat tembikai la..hehe
ReplyDeleteHari2 puteri. ganti nasik pon boleh hehe
Deletemane nak beli tembikai borong eh? hihihih tembikai kat giant mahal la ni
ReplyDeleteKip Mart kot murah? HEHE.. Hah takpon try beli kat pasar malam =)
Delete