Assalamualaikum
Tonsil dan Rawatannya
Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.
Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin.
Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.
Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.
Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.
Apakah Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil
- Air Garam
- Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan.
- Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
- Cara:
- Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
- Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
- Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat
- Lemon
- Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
- Cara:
- Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
- Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
- Daun Selasih
- Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Cara:
- Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
- Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
- Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari
- Kunyit
- Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.
- Cara:
- Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
- Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
- Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
- Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
- Kayu manis
- Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
- Cara:
- Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
- Campurkan dua sudu teh madu
- Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
- Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu
- Daun Pudina
- Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
- Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
- Cara:
- Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
- Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
- Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
- Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis
- Halba
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
- Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
- Cara:
- Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
- Renehkan selama 30minit
- Biakan sejuk
- Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh
- Biji Carom
- Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
- Cara:
- Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
- Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
- Angkat dari api
- minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
Sekiranya anda ingin mendapatkan Rawatan Altenatif untuk sakit tonsil ni, bolehlah cuba dapatkan Nutriferon. Ia dirumus khas dari campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun sistem.
Nutriferon ini menggunakan ramuan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dihasilkan dari biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas jepun.
Mari kita lihat perkongsian dari mereka yang mengalami masalah tonsilitis ni:
#Testimoni 1:
Masa 1st buat Shaklee, upline bagi try nutriferon ni sebab anak 2nd selalu tonsil teruk. Bila try bagus pula. Dulu mesti demam berkali-kali dan tak mau makan. Bila amik nutriferon ok pula. Boleh makan dan cepat kecut tonsilnya. Sekarang ni kat rumah wajib ada. Mak-mak yang mengandung pun bagus amik untuk kuatkan imun badan sebab tahun lalu preggy tak da demam pun Alhamdulillah. Kalau demam, orang sabah bilang demam pura-pura ja
#Testimoni 2:
Anak saya demam malam dari sabtu lagi. Panas sampai 40 suhunya. Dah p klinik tapi still tak sembuh. hari ni ingat nak bawa p jumpa paed kalau still tak ok. Semalam bagi Nutriferon kat dia. Masa nak bagi memang la mengamuk sakan. Lepas makan nutriferon tu dia tido lama dari asar sampai maghrib. selalu time tu dia tak tido. Bangun je tido, Alhamdulillah ceria terus. Cakap macam-macam. Malam tadi pun dia tido lena & badan pun dah tak panas. huhu. Lega sangat. Lepas ni kena pastikan stok nutriferon sentiasa ada.
# Testimoni 3:
Sekiranya anda ingin mendapatkannya, harga sekotak adalah RM181.25 (30 sachet x 1.2 gram) Namun, bulan ni ada PROMOSI sehingga 29 Februari 2016. Beli 2 kotak pada harga DISKAUN 5%.
Sekiranya anda inginkan PENJIMATAN BERGANDA, daftarlah menjadi AHLI hari ini juga dan dapatkan penjimatan sehingga 25-30%
Hubungi Zarith 013-7510028 hari ini juga untuk dapatkan Nutriferon, agar penderitaan yang anda tanggung selama ini segera berakhir
Semoga bermanfaat!
info yang menarik ni..baru puteri tau yang tonsillitis ni boleh berjangkit
ReplyDeletetuhla kan. Tapi takpe, ni dah ade cara rawatan semulajadi yang mudah =)
DeleteAlhamdulillah awak dh sembuh =)
ReplyDeleteBuat jus epal sejuk pun elok utk tonsil
ReplyDeleteOh yeke? Tips baru ni Tq =)
ReplyDeleteTq sharing;-)
ReplyDeleteWelcome dear =)
DeleteKesiannya..semoga cepat sembuh ye
ReplyDeleteYg mne yg pling berkesan ye ? sye x tahan la klu tonsil ni dh membengkak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletelain orang lain tahap keberkesanan dia azlin. cuba la satu satu tengok keserasian huhu
DeleteRupanya banyak petua dari dapur sahaja kan untuk rawat tonsil nie.
ReplyDeleteBest sharing.
kita kadang-kadang tak tahu pon kan. kunyit pon byk rahsia dia cthnye =)
DeleteNi sy bru je naik ...skt sngt wei
ReplyDeleteKesiannya
DeleteDah 3 hari demam...tonsil dh bgkak n merah...sakit sgt2....aduiii....
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat walafiat ye
DeleteSy br blk dr gh..doctor srh ptng sbb dh teruk..:'-(
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye
DeleteSakitnya hnya allah jer yg tahu...nk mkn pn susah..
ReplyDeletetuhla dengar juga dari rakan-rakan lain. susah nak makan. semoga cepat sembuh ye
Deletetq sgt2,.sbb dua hari dh sakit. mmg sakit smpai telinga, nk telan air liur pn sakit
ReplyDeleteWelcome. semoga cepat sembuh ye =)
DeleteThanks sharing kalau demam selalu je kena :)
ReplyDeleteKesiannya..
DeletetQ kongsi info yg berguna boleh cuba apply utk anak sy yg bru kena tonsil ni.
ReplyDeleteYeke? Kesiannya.. semoga anak cepat sembuh ye =)
Deletetonsil ni boleh menyebabkan demam pulak kan
ReplyDeleteBetul tu
DeleteBole minum ke air kunyit. Takut2 nk mencuba. Sekadar bertanya.
ReplyDeleteBoleh minum, kalau gastrik masa kecik-kecik pun ayah bagi minum air kunyit, lega rasa.
Deletebanyaknya petua dari dapur rupanya, dan saya rasa paling mudah bg dewasa iaitu berkumur dgn garam.
ReplyDeleteTuh pun kadang-kadang susah orang nak buat hehe..
DeleteAnak saya sedang mengidap tonsil...saya sgt risau...petua2 diatas saya akan ikut.terima kaasih keran memberi petua2 di atas
ReplyDeleteSama-sama =)
DeleteThenx 4 da info...sgt2 berguna...smlm br jmpa dokter...rasenye tahap sakit tu mcm dh terok..balik umh check sndiri amek gamba...tkejot tgk...bngkak smpai dh blubang kat tekak tu...means tonsil blah kanan....sakit dia tuhan aje yg tahu... 😢ðŸ˜
ReplyDeleteKesiannya..semoga cepat sembuh ye
DeleteSya skg tgh menderita sakit tonsil ni..huhhuu.dh 3hr sakit.nk telan air liur pon sakit.nk bcakap pun jd xlarat sgt.ubat doc pon makan,kumur air garam pun dh.arap2 cepatla sembuh..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan sentiasa sihat ye hazirah =)
DeleteTgah alami tonsil..tp xsakit cuma xselesa...
ReplyDeleteSemoga tips ni membantu =)
DeleteTgah alami tonsil..tp xsakit cuma xselesa...
ReplyDeletesaya dh 4 tahun ad tonsil kat tekak .. tapi bkn la jenis yg sakit .. dlm 4 tahun ni 2 kali kne sakit radang sampai tk boleh makan .. dh bsar dh .. tpi cuba dlu kurangkan bengkak dy .. klau tak susut mmg kene operate la
ReplyDeleteKesiannya liyana, boleh cuba semua petua diatas =)
DeleteSedang mencuba tips air lemon campur madu tu...lega sekejap bila minum panas2...semoga murah rezeki awak share info sgt berguna ni sbb saya memang selalu kena tonsil bengkak... Xnak dah terlalu berharap pada ubat 😊
ReplyDeleteSemoga bermanfaat =)
DeleteSy tgh kena tonsil..da 4hari kalau xsilap.hari kedua wktu nk tido sakit sgt telinga sblh kanan smpai xblh tido..esoknye telinga bergema..pendengaran pn kurg jelas..
ReplyDeleteLama juga ye. Boleh cuba petua di atas. Semoga bermanfaat =)
Deletethx for info.Sy & ank dah kena demam sampai 4 hr igt denggi rupanya tonsil.kebetulan jiran kena denggi.Sama gak dmm x kebah.
ReplyDeleteAnak lelaki sy memula doc kata kena beguk.lepas seminggu dia kata lena cyst..makan antibiotics. Lps 2mgu kami ke hosp doc kata tonsil bengkak sampai dh nk bcantum..sy nk cubalah petua yg dberi. Moga2 xperlu operate
ReplyDelete