6 June 2014

Lazada Syurga Beli Belah

Assalamualaikum

Salam Jumaat =) Pagi ni sangat happy sebab barang baby dah sampai!! (Again?) HEHE.. Rasanya tak akan stop shopping selagi tak masuk labour room kot =D

Okay haritu usya kat Toys R' Us Swing ni adalah RM399.90. Jadi sebagai seorang pembeli yang bijak, harus lah tak beli terus, maka balik rumah usya la kedai online yang menawarkan harga terbaik.


Comel kan swing bright start ni? Lembutttt pulak tu =)
Carik punya carik (seminggu jugak la) ahirnya jumpa la di Lazada!! Selama ni tak pernah pon bukak website Zalora ke Lazada ke yang famous-famous ni sebab tak pernah tefikir ada jual barang baby (serius noob) tapi bila try, wah.. ada!

In fact lagi murah pulak tu! Murah banyak okay! Maka terus la sign up, HEHE. Dan yang bestnya lazada ni bila kita subscribe newsletter dia boleh dapat voucher RM10. Wow weee ~~

Harga Swing ni kat Lazada RM 319.90 (after less 20%) Tapi bila beli pakai kad kredit ada lagi off 10%. Maka dapatlah harga final RM279.90. Free Postage lagi. Kan ke berbaloi-baloi. 

Tapi takkan lah belikan barang adik je kan, tak belikan barang Zuyyin. Nanti tak adil pulak (cewah, alasan cliche nak membeli belah) 

So ibu pon terus la melayari Lazada dengan gembira, maka teringatlah ibu yang Zuyyin suka pakai bag, masa kat Toys R us tu bila dah pakai tak mau bukak pulak, sampai nangis-nangis. HUHU. 


Skip Hop Zoo-Let Safety Harness Backpack supaya zuyyin tak hilang dan Water Cup Basilic kegemaran ibu, EH?

Ibu pon belikan lah bag ni, ada tali supaya si anak tak hilang bila orang ramai (tapi sebenarnya kalau kat shopping complex ayah memang dukung Zuyyin, HEHE)

Bag ni retail price adalah RM89.90, ada juga kedai online jual murah sikit, tapi bila campur kos postage dah sama dah. Tapi di Lazada ada potongan sebanyak 23% dan harganya menjadi RM69 je, Wow! Apa lagi terus masuk dalam shopping cart, HEHE.

Dan tetiba ibu teringat yang botol air basilic Zuyyin tutup dia dah patah, dah banyak kali terjatuh. Jadi terdedah je la. Risau bila bawak keluar, kena asap rokok dan debu-debu. Tapi botol tu masih sangat elok sebab baru beli masa baby expo bulan 3 haritu (kira baru 3 bulan pakai)

Botol ni yang specialnya, straw dia dari silicone, lembut dan boleh dilentur. So kalau Zuyyin minum air masak baring pon, still boleh sedut sebab straw dah lentur ke bawah berbentuk U. Zuyyin masa tidur malam akan bangun minum air masak. Jadi kesian pulak nak dudukkan dia. 
Straw Silicone yang ada pemberat ni adalah satu ciptaan terhebat basilic
Retail Price Water Cup Basilic ni adalah RM46.90. Hari tu beli kat baby expo dapat la RM39.80 (15% off) Tapi bila tengok kat lazada hanya RM32.80 (30% off). Apa lagi, terus masuk cart la, HEHE.

Oh ye dah checkout tu pakai la voucher RM10 yang Lazada bagi tu. Jimat sangat kan? HEHE. Beli semalam petang, pagi nih GDEX dah sampai opis hantar. Excited!

Err.. hari ni ada tunggu lagi 2 parcel. Yang tu via poslaju. Harap sampai sebelum abis office hour HEHE

Dan tada...lepas abis je ayat terakhir tu, Mr Poslaju pon sampai membawa parcel.. one of them adalah strollerpad ini! beli kat Bebetotz! RM135 termasuk postage. Gebu sangat! I love it! Shopping kat Bebetotz ni pon best, service sangat bagus.


Stroller liner yang sangat gebu
Boleh letak kat stroller ataupon any bouncer =)
Okay, hari jumaat memang tak pernah mengecewakan =)



6 comments:

  1. Wah wah wah, banyak nye shopping. hihihihi

    ReplyDelete
  2. fuhh berbaloi sangat..memang selalu nampak posting lazada di fb 70% off 50% off..tapi xpernah pulak compare dengan harga pasaran..kene try ni..

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sila try, pasti puas hati! dah macam promoter lazada lak zarith ni hehe

      Delete
  3. wah bershopping sakan yer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak larat nak jalan kat shopping complex, berjalan-jalan kat alam maya la =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount