12 August 2014

Bagaimana Mengatasi Bayi Kembung Perut

Assalamualaikum

Hari tu seharian Zayra meragam. Tak menangis tapi memang nampak tak selesa, asyik mengeluarkan bunyi-bunyi walaupon mata tertutup rapat. 

Bila saya ambil dan letakkan atas perut, baru senyap. Ok, confirm Zayra sakit perut. Bila ketuk-ketuk perut Zayra maka kedengaran la bunyik 'dung-dung'.

Kembung! Oh my baby had colic! Memang tak cukup tidur la ibu melayan Zayra malam tu. Esoknya baru teringat urutan I Love You. Apa lagi, terus la carik kat youtube cara buat urutan I Love You tu.




Selepas melakukan urutan I Love You ni sebanyak 3 kali, Alhamdulillah Zayra dah terkentut-kentut, HEHE. Dan boleh tidur dengan nyenyak.


Urutan I Love U untuk Baby Kembung

Mesti ada yang berfikir, "Eh budak ni tak burpkan anak ke lepas breastfeeding?" Oh siapa yang berfikir begitu, anda sungguh silap. Bukan setakat selepas habis sesi breastfeeding, in between pon saya burpkan.

Namun, newborn memang tidak lepas dari kembung perut ni. Jadi ia bukanlah sesuatu yang aneh. Cuma kita perlu cari punca dan cara mengatasinya. 

Bagi saya, saya tahu kenapa Zayra kembung. Ehem..Al-maklum la musim raya, haritu ada terbabas juga ibu yang masih dalam pantang ini makan kuih mazola dan tempeyek (kerepek yang ada kacang tanah). 

Memang serius terlupa yang kacang itu musuh utama, HUHU. Maka terpaksa la menghadap kesannya. Lepas dari peristiwa Zayra kembung dan saya tak boleh tidur sepanjang malam tu, memang dah tak pandang kekacang.

Selain dari itu, setiap kali lepas mandikan Zayra dan sebelum tidur malam sekarang ni mesti saya akan mengurut betis, peha, tapak kaki dan perut Zayra untuk mengelakkan kembung perut.

Barulah Zayra tidur dengan nyenyak. Lepas tu biarkan Zayra tidur meniarap. It's tummy time! Tapi untuk posisi meniarap ni kena pastikan kita ada di sisi anak. Jangan biarkan anak berseorangan ye.

Biasanya bila tidur dalam posisi meniarap ni, Zayra bangun je mesti terkentut-kentut, puas hati si ibu mendengarnya, HEHE. 

Dan harus di ingat, NO GRIPE WATER ke apa-apa yang berbentuk makanan atau minuman. Baby di bawah 6 bulan TIDAK BOLEH diberi makan atau minum selain dari SUSU IBU.


Ok kesimpulannya, ada beberapa cara untuk mengatasi/ mengurangkan masalah kembung perut:


  • Membuat urutan sendiri contohnya urutan I Love You, Bicycling, Tiger in the tree. Boleh search di You Tube
  • Boleh memanggil tukang urut yang berkaliber untuk mengurut baby. 
  • Pastikan baby latch dengan sempurna semasa proses breastfeeding
  • Selepas proses penyusuan, tak kira secara direct feed ataupon botol susu, pastikan anda burpkan baby
  • Sekiranya baby anda minum susu formula, kembung perut boleh disebabkan oleh ketidakserasian baby kepada susu tersebut. Jadi boleh cuba untuk tukar ke susu yang lain
  • Setiap kali lepas mandi, sebelum tidur malam, pastikan anda membuat urutan sedikit kepada bayi. Selepas urutan I Love You, saya akan meniarapkan Zayra dan urut bahagian betis, peha dan tapak kaki secara lembut. Zayra loves it! Seriously. 
Semoga bermanfaat!




2 comments:

  1. teknik urutan i love you ye.boleh cuba.budak kecik mmg cepat kembung.lagi la bila ibu termakan makanan terlarang kan..aha

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount