1 August 2013

Tips Mengubati Perut Meragam

Assalamualaikum..

Pernah rase perut tak selesa?sebu? Ok meh nak share some tips hasil dari pembacaanku ..hehe

1. Teh Chamomile



Aha! Teh yang sedap ni mengandungi ajen Anti Radang yang dapat melegakan sakit perut. Amalkan pengambilan teh ni kalo kerap sakit perut di waktu pagi.

2. Teh Halia



Halia ni mesti ade kat rumah kita kan? Dia ni pon mengandungi ajen anti radang dan juga bahan aktif gingerol yang berkuasa untuk menenangkan perut yang sakit akibat masalah sistem pencernaan. 


Hiriskan halia dan rebuskan bersama air selama beberapa minit sebelum minum. Halia juga dapat membantu menghilangkan rasa loya. 

3. Lemon



Buah lemon merupakan bahan serba guna. Anda cuma perlu perahkan sedikit lemon ke dalam air suam dan minum! Selain melegakan sakit perut, ia juga membuang toksik dalam badan

4. Cuka Epal 


Campurkan 2-3 sudu besar cuka epal ke dalam minuman anda tak kira sejuk atau panas, InsyaAllah ia dapat menenagkan perut meragam

5. Air Kelapa



Air Kelapa memang sedap diminum ketika cuaca panas terik. Untuk pengetahuan anda, kandungan potassium dan Vitamin C dalam air kelapa mampu melegakan perut yang meragam

6. Yogurt


Yogurt memang sering dikaitkan dengan kesihatan perut. Ini kerana bahan probiotik aktif yang terkandung dalam yogurt tersebut mampu melegakan sakit perut.

7. Makanan berkanji


Nasi, kentang dan oat akan membantu melindungi usus perut daripada asid pencernaan. Makanan ini tidak akan merangsang asid Reflux dan cepat dihadam


Elakkan makanan yang mengandungi gluten seperti gandum dan jagung. Kurangkan juga pengambilan gula terutamanya gula tiruan yang terkandung dalam minuman bikarbonat.


Elakkan jugasayuran seperti kekacang, brokoli, kobis bunga. Gas yang terkandung dalam sayuran ini akan membuatkan anda kejang dan kembung.

Semoga bermanfaat!

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount