16 February 2014

Bahaya Garam Dalam Makanan Bayi

Assalamualaikum


Sebagai seorang ibu baru yang takde apa-apa pengalaman tentang pemakanan anak, mesti gelabah bila anak hampir mencecah usia 6bulan. 

Mesti fikir nak bagi makan apa, nak masak apa hari-hari, resipi bagai kan? Memang pening. Tapi ada yang lebih penting iaitu adakah perlu tambah garam walaupon sebutir dalam makanan baby kesayangan kita?

Bayi hanya memerlukan hanya kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang bayi tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum bayi kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu ataupon susu formula.

Bila bayi kita mula makan solid food, kita tak perlu tambah garam sedikit pon walaupon bila kita rasa, alamak, tawar hebeh..Selepas umur setahun sehingga 3 tahun, bayi kita cuma memerlukan maximum pon cuma 2g sehari ( 0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti cellery, brokoli dan sebagainya

Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan takde masa nak masak makanan untuk baby, dan lebih prefer processed food, ikut la guideline seperti di bawah ni.

Jangan bagi baby makan processed food yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, contohnya:
- pies
- child and adult ready meal
- biskut
- sup
- gravy
- sos
- pizza

Bagi la baby kita makanan berkhasiat seperti:
- buah-buahan 
- sayur-sayuran
- ikan segar
- telur
- susu
- beras
- dried pasta

Sekiranya nak beli makanan yg processed utk baby, biasakan diri baca food label k. Tengok part salt per 100g. Salt juga ditulis sebagai sodium pada food labels : 2.5g salt = 1g sodium. Paras garam yang tinggi adalah apabila nilainya lebih dari 1.5g salt per 100g (atau 0.6g sodium) Paras garam yang rendah adalah 0.3g salt atau kurang per 100g (atau 0.1g sodium)

Walaubagaimana pon sekiranya anda berpeluang memasak makanan bayi anda sendiri, itu adalah yang terbaik. Cuma jangan tambah garam ye ;))

Boleh tengok resepi makanan baby berusia 6-12 bulan di sini.

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount