Perkara yang paling mengujakan saya adalah apabila tibanya waktu nak bagi Zuyyin makan. Suka tengok reaction dia semasa makanan pertama disuakan ke mulut dia sewaktu berusia 7bulan. Priceless!
Waktu tu bagi makan pisang. Kenapa pisang? Sebab ia adalah buah-buahan tempatan yang tiada bahan pengawet/lilin untuk mengekalkan kesegarannya. Lagipun pisang ni tinggi khasiatnya.
Saya bagi Zuyyin makan dulu mengikut carta ini sebagai panduan. Tapi bukan bermula 4 bulan tau, a big NO! Mulakan seawal 6 bulan ye.
Panduan pemakanan untuk baby 6-12 bulan |
Kajian menunjukkan dengan pemberian makanan yang lebih awal dari 6 bulan, anak kita berisiko menghidap diabetes apabila dewasa kelak.
Seawal 6 bulan, kita kena perkenalkan baby dengan puree terlebih dahulu, jangan terus bagi bubur atau nestum. Oh by the way, jangan bagi nestum atau cerelec untuk baby kita ye.
Tu semua ada bahan perasa (MSG) dan pemanis. Sama nilainya kalau kita bagi baby makan MAGGI tu. Buat je sendiri. Sangat senang dan sihat!
Buah pinggang baby masih terlalu lemah untuk proses makanan berat seperti bubur nasi, almaklum lah dah 6 bulan hanya minum susu ibu yang dalam bentuk cecair sepenuhnya dan juga sangat ringkas untuk diuraikan oleh usus baby.
Jadi, step by step, kali ni kita focus pada makanan separa pepejal iaitu puree dari buah-buahan dan sayuran
Okay, jom kita tengok antara resipi yang pernah saya cuba
- Puree Pisang
Masa penyediaan: 2 minit
Masak: Tidak Perlu
Cara penyediaan: Kupas pisang dan lenyek dengan garfu. Boleh ditambah susu ibu untuk mencairkannya sedikit.
Pisang mengandungi gula yang lambat untuk dibebaskan. Ini dapat mengekalkan tenaga untuk baby kita. Pisang adalah buah yang paling perfect untuk di bawa travel sebab diliputi kulit yang mudah untuk di kupas. Selain itu ia sangat berguna dalam rawatan diarrhea dan juga sembelit
Masak: Stim/ Bakar 45 minit
Cara penyediaan: Kupas keledek, potong kepada bahagian yang lebih kecil agar mudah empuk. Bila dah empuk boleh lenyek dan di tambah susu ibu sekiranya perlu.
Masak: Stim 3-5 minit
Cara Penyediaan: Kupas kulitnya. Stim selama 3-5 minit. Cucuk dengan garfu untuk tentukan keempukannya. Lenyek dan campurkan dengan susu ibu jika perlu
- Puree Avocado
Masa Penyediaan: 2 minit
Masak: Tidak perlu
Cara Penyediaan: Belah dua, keluarkan biji avocado yang besar tu dan ceduk isinya dengan sudu, lenyekkan dan campurkan susu ibu jika perlu
Avocado ini mengandungi vitamin E yang tinggi yang dapat meningkatkan imune sistem baby kita. Ia juga sangat mudah dihadam dan tinggi nilai kalori yang sangat sesuai untuk pertumbuhan baby
- Puree Carrot
Masa Penyediaan: 5 Minit
Masak: 20 Minit
Cara Penyediaan: Stim carrot sehingga lembut. Boleh juga direbus tapi nanti khasiatnya turun ke air, rugi sikit la. Masukkan carrot yang dah lembut tadi ke dalam blender dan tambahkan dengan sedikit air yang di gunakan untuk stim tadi. Blend sehingga lembut. Siap! Boleh juga diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan di simpan dalam freezer untuk digunakan pada hari lain. Treat makanan baby dalam freezer seperti ebm (Expressed Breast Milk) ye
Apabila baby kita dah lulus ujian "4 days rule" dan tiada allergic terhadap sesuatu buah maka boleh lah kita mencampurkan buah-buahan yang telah lulus itu bersama.
4 Days Rule Chart |
- Puree Avocado dan Pisang
Masa Penyediaan: 5 minit
Masak: Tidak Perlu
Bahan: 1/4 Avocado, 1/2 Pisang yang dah masak ranum, 1 atau 2 sudu besar susu ibu ataupon Greek Yogurt
Cara Penyediaan: Campurkan dua bahan tadi dan lenyekkan. Campurkan susu ibu jika perlu.
- Puree Epal dan Pear dengan sedikit serbuk kayu manis
Masa Penyediaan: 5 Minit
Masak: 6-8 Minit
Bahan: 2 biji Epal dan 2 biji Pear distim. Setelah lembut blend dengan secubit serbuk kayu manis (rempah-rempah ni sesuai untuk baby berusia 8 bulan). Tambahkan susu ibu jika perlu semasa hendak dihidangkan.
Pilih la Epal yang manis seperti Royal Gala dan Pink Lady. Epal dan Pear mengandungi Pectin yang sangat sesuai sekiranya baby mengalami najis yang lembik.
Kan seronok dapat main masak-masak untuk anak tersayang. Penat kita kandungkan 9 bulan, takkanlah nak bagi makanan yang merapu kan? Bagilah yang penuh khasiat, luangkan sedikit masa untuk menyediakan yang terbaik untuk baby kita =)
thanks singgah blog mama...
ReplyDeleteanak mama kurang makan .. ermm.. susah betul nak pujuk kasi makan...
budak-budak memang ikut mood agaknya kan..huhu.
Delete