Saya anak jati Batu Pahat. Ibu dan Ayah orang Batu Pahat. Cuma anak-anak je dah berhijrah dari sana. Macam saya, duduk merata-rata.
Sebelum ni di Kuala Lumpur. Tapi dah 2 tahun ni menetap di Pasir Gudang. Awal tahun depan pula berpindah ke Subang Jaya, hari-hari hari raya. Opsss =p
Memandangkan saya dilahirkan dan dibesarkan di Batu Pahat, haruslah tekak ni asik mengidam makanan yang ada di Batu Pahat.
Masa Pregnant dulu jenuh jugak setiap minggu nak balik, makan laksa johor la, makan nan cheese special la, bubur ayam la, satay simpang lima la.
Okay sekarang ni nak cerita tentang nan cheese special kat Nikmat Tandori yang terletak di Jalan Sultanah di bangunan WI sederet Klinik Ramly. Dulu kecik je kedai ni, sekarang ni memang besar tak hengat.
Nikmat Tandori di Bangunan WI |
Nan Cheese Special |
Nan cheese special ni saya suka makan begitu sahaja. Kalau nak cicah pon cuma mintak kari atau dal kosong. Baru best!
Kalau dah pegi makan kat Nikmat Tandori ni, wajib juga saya order bubur ayamnya. Terbaik! Kalah bubur ayam Mc Donald yang kena boikot tu. Serius!
Bubur ayam terbaik |
Dah makan banyak dan sedap-sedap tu janganlah simpan je lemak dan kolestrol dalam badan. Sangat bahaya!
Balik rumah saya akan terus telan Omega Guard 2 biji. Bagi bakar semua lemak-lemak tepu tu. Detox pulak dengan Alfalfa.. Baru la boleh tidur dengan nyenyak ;)
Balik rumah saya akan terus telan Omega Guard 2 biji. Bagi bakar semua lemak-lemak tepu tu. Detox pulak dengan Alfalfa.. Baru la boleh tidur dengan nyenyak ;)
macam sedap je. Kalau p batu pahat nak try makan laaa....
ReplyDeleteSedaaap farah =) try la
Deletenampak memang yummy...kena pergi batu pahat la camni :D
ReplyDeletewajib pegi! hehe..singgah la rumah kalau pegi =D
Delete