Homemade Food.. Pernah dengar? Iaitu makanan untuk keluarga yang kita sediakan sendiri. Dari air tangan kita, BUKAN fast food, BUKAN makanan tapau dari kedai.
Ada baaanyak sangat kelebihan sediakan makanan sendiri. Antaranya adalah :
- Kita dapat memilih sendiri bahan mentah untuk memasak. Memilih ikan, ayam dan sayuran segar sendiri.
- Saya lebih suka memilih yang organik. Kalau la kat umah ni ada tanah seluas tanah di kampung, memang bercita-cita mau bercucuk tanam dan menternak haiwan sendiri. Ala-ala kehidupan gadis desa gitu, HEHE
- Dapat menggunakan olive oil untuk memasak dan pastikan sekiranya terpaksa guna minyak sawit biasa, saya akan menggunakannya tidak lebih dari 2 kali. (Almaklum la kalo nak pakai olive oil buat menggoreng ayam, menangis ibu..HEHE)
- Kita dapat mengawal tahap kebersihan semasa penyediaan dan sepanjang tempoh memasak.
- Saya akan basuh semua sayuran dengan air garam dan berselawat, jadi kebersihan luaran dan dalaman terpelihara, InsyaAllah..
- Kalau Ayam tu saya akan pastikan lemak dan kulit semua di buang, walaupon ayam organic dan ayam kampung takde lemak sangat tapi itu sebagai langkah berjaga-jaga. Kecuali kalau nak buat ayam goreng ala KFC tu, terpaksa la ku abaikan sahaja lemak yang ado =p
- Oh ye garam pon guna garam bukit dan brown sugar untuk orang dewasa, molasses ataupon honey untuk anakku yang masih kecil.
- Kita dapat berselawat dan menyanyi dengan girang di dapur. EH? HEHE..
- Sambil memasak tu, banyakkan la berselawat. Kalau nak kacau (ganggu?) makanan tu sila la buat pusingan counter clockwise. Sambil membaca Ya-Latiff.
- Nak basuh beras tu, sambil basuh tu ikut pusingan lawan jam dan berdoalah : Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anak dan kami sekeluarga dalam Islam, untuk mendalami Islam. Sebagaimana Engkau lembutkan beras ini untuk menjadi nasi. Lepas terdengar Dr Muhaya kata bergitu, saya amalkan dan cuba untuk istiqamah, InsyaAllah..
- Last but not least, kita akan dapat lihat anak-anak tak sabar nak menjamu selera setelah sekian lama menunggu si ibu siap memasak..HEHE..
- Bila bawak je pinggan mangkuk untuk dihidangkan, si kecil yang berusia 1tahun 9bulan tu akan bangun dari tempat duduk dan berkejar girang sambil tepuk tangan dan cakap " yeay, yeay dah siap.. urmm edapnye ibuuu.." Oh sungguh bahagia dan hilang penat lelah =))
Okay untuk Ibu bekerjaya, memasak sendiri bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Senang je sebenanya, dimana ade kemahuan disitu ade jalan kan ;)
- Beli bawang yang telah siap di kupas. Kalau anda rajin, weekend tu boleh la kupas sendiri tapi memandangkan kat kip mart ade jual yg dah siap kupas, maka encik suami yang begitu memahami memperkenalkan itu kepada saya yang begitu padat jadualnya pada hari minggu..HEHE..
- Beli ayam/Ikan dan basuh siap2 untuk stok 3 hari atau seminggu. Asingkan dalam bekas kecik-kecik supaya senang nak defross lepas balik kerja. Kalau saya ikan suka beli yang fresh, balik terus masak. Ayam je la boleh simpan-simpan.
- Kalau nak lagi mudah, boleh blend dan asingkan tiap satu. Contohnya blend bawang merah, letak dalam bekas, dan tuangkan minyak zaitun bagi tahan lama, tutup dalam bekas rapat-rapat. Blend bawang putih, halia, etc.
- Lepas beli sayur (kalau sayur berdaun jangan lebih 2 hari nanti layu) basuh siap2 dan letakkan dalam tupperware. kalau Sayur yang bersifat keras macam Carrot tu, potong siap2 dan masukkan dalam bekas berisi minyak zaitun juga untuk stok seminggu gitu.
- Cili Kering tu rebus dan blend siap2, simpan dalam bekas berisi minyak zaitun jugak tau.
- Telur pon beli weekend dan basuh siap2..tadaaa...kan senang..
Masak tak sampai sejam siap dengan bersihkan kawasan memasak. Simple, yang penting air tangan ibu dan isteri kan =)
Selamat membuat homemade food =)
0 comments:
Post a Comment