Kita sering dengar macam-macam cerita tentang penyusuan susu ibu kan?Ada yang positif dan ada yang negatif. Kalau yang positif tu ok lah kan, boleh naikkan semangat kita untuk susukan anak, tapi kalau yang negatif tu, aduila..luntur semangat.
Antaranya yang saya pernah dengar adalah:
1. Lepas melahirkan baby, susu terus memancut-mancut.
- Wohoho this is sooo not true - selepas kita melahirkan baby, kita kena cepat-cepat susukan baby kita supaya boleh stimulate (merangsang) hormon dalam badan dan seterusnya merangsang otak untuk menghasilkan susu. Sebab tulah setiap kali lepas melahirkan, nurse/doctor akan meletakkan baby ke atas dada kita untuk kita cepat-cepat susukan si jantung hati kita tu. Semakin lambat kita susukan baby, semakin susah untuk stimulate otak dan hormon untuk penghasilan susu.
2. Lepas melahirkan baby, baby macam tak kenyang, asik menangis je. Asik nak menyusu je 24jam. Susu saya tak cukup ni, kene top up susu formula la.
- Baby baru dilahirkan tak pandai bercakap lagi kan? Menangis memang cara baby berkomunikasi. Lapar, nangis. Ngantuk, nangis. Kene gigit semut, nangis. Kembung, nangis. Lampin basah, nangis. Tak selesa, nangis. Jadi tak semestinya baby nangis, 100% sebab lapar dan kita kena bagi susu formula. Dan nak tau tak kenapa kalau kita bagi baby susu formula baby akan kekenyangan dan tidur lama tak bangun? Sebab susu formula nih sangat la lambat hendak dihadamkan oleh usus baby. Kesian kan kat baby kita, baru je lahir, usus dah kena kerja keras untuk proses benda berat. Sebab tu Allah ciptakan susu ibu tu sangat ringkas, supaya usus baby mudah untuk hadamkan makanan dan terus serap khasiat susu ibu secara optimum. Ciptaan Allah lah yang terbaik.
- Dan tahu tak kenapa bayi nak 'susu cap gantung' 24jam? Sebab masa dalam kandungan kita, baby cuma dengar degupan jantung dan suara si ibu je selama 9bulan 10hari. Bila keluar je macam-macam baby dengar. Bunyi suara orang la, kenderaan la. Kalau kita pon ada kat dunia baru dan asing mesti takut. Tak biasa. Jadi benda yang die tahu, bila nangis, ibu peluk (so dah rasa kehangatan dan suara ibu macam dalam perut), dan bila ibu susukan, benda yang paling penting sekali adalah bunyi degupan jantung si ibu. Subhanallah.. Sekarang baru kita tau kenapa baby asik nak dipeluk dan menyusu. Jadi sila rase bersalah bila biakan baby nangis lama2, konon-konon nak bia dia tak terbiasa kene peluk. Ini akan mempengaruhi tumbesaran bayi tau! Eh teremosi lak. HEHE..
- Cuba tengok gamba kat bawah ni. Ha macam ni la saiz perut baby dari selepas dilahirkan sampai la berusia sebulan. Jadi kalau baby menangis je lepas ni tak perlu la bersusah payah pikir "susu aku tak cukup ke ni?"
- Dulu sebelum ada baby dan belum mendalami bidang penyusuan ibu ni pon percaya je. Hehe.. Tapi sebenarnya tidak. Kiri ke kanan ke sama je. Pernah dengar istilah Foremilk dan Hindmilk? Adakah sejenis susu formula? Oh, tidak sama sekali. Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar untuk menghilangkan rasa dahaga baby kita. Sedikit cair kerana kandungan air lebih banyak berbanding lemak (kalau musim panas, foremilk lagi banyak untuk menghilangkan dahaga baby kita). Selepas beberapa minit minum, baby akan mendapat hindmilk pula. Hindmilk ni lebih pekat. Kandungan lemak lebih tinggi dan ini yang akan mengenyangkan baby. Kalau kita mengepam susu, bila biarkan lama sikit mesti dapat tengok susu akan terpisah kepada 2 bahagian. Yang bawah lebih cair dan yg belah atas lebih pekat seperti lemak. Jadi, tips untuk bagi anak kenyang dan cepat naik berat badan, susukan baby pada one side dulu satu sesi, lepas tu baru la tukar the other side pada satu sesi yang lain.
4. Saya memang jenis tiada susu.
- Berbalik kepada point pertama tadi, sekiranya kita kerap merangsang otak dan hormon, dengan kerap mengosongkan breast (samada dengan mengepam atau direct feed) InsyaAllah pasti ada.
5. Lepas bagi baby minum susu, kena bilas dengan air suam.
- Baby berusia 6bulan kebawah TIDAK BOLEH diberi minum air suam ke air jarang ke air mineral ke. Nak tahu kenapa? Sebab bila bagi minum selain susu ibu, ini akan mencairkan kandungan Natrium dalam badan baby. Bahaya sangat! Cuba berbalik kepada point ke 3, Allah dah elok ciptakan foremilk untuk hilangkan dahaga baby kan?
6. Bila saya sakit, takut baby pon jangkit bila minum susu saya. Jadi saya stopkan baby minum susu ibu.
- Nope. Contohnya, kalau ibu cirit birit, baby takkan kena cirit birit melalui susu ibu. Ibu kena pastikan tangan dibasuh besih sebelum mengendalikan baby. Saya ingat lagi masa lepas pantang pegi beraya umah cousin, makan ape ntah siap kena muntah-muntah dan cirit-birit. Tak boleh nak bangun kecuali pergi ke toilet. Baby pon ibu yang amik letak sebelah untuk menyusu.. Oh sadis sungguh bila teringat balik. Time tu risau sangat sebab takut baby jangkit. Tapi bila dapatkan nasihat doctor, susu ibu tak effect baby, tapi kebersihan tangan memang kena jaga. Alhamdulillah my baby sihat walafiat. Kalau kita demam pon sama. As long as kita jaga betul-betul, pakai mask kalau batuk dan selesema, InsyaAllah baby sihat.
7. Saya suka tunggu breast membengkak baru pam, time tu la susu banyak sebab breast dh penuh.
- JANGAN suka buat begini, kerana ia akan mendorong kepada kemerosotan penghasilan susu ibu. Kenapa? Bila breast sentiasa penuh, otak akan hasilkan signal yang "oh, susu banyak lagi jadi tak perlu rembeskan hormon untuk hasilkan susu" bila ini kerap berlaku, susu akan kurang dihasilkan sebab otak fikir yang kita sentiasa cukup susu. Bila kita kerap kosongkan breast, contohnya di ofis dah setkan waktu kita pam setiap 2 jam, kalau direct feed, bagi je sekerap mungkin, maka selepas breast kosong, otak akan cepat-cepat bagi signal supaya susu dihasilkan sebelum sesi mengepam/penyusuan seterusnya supaya anak tidak kelaparan. Kan Allah jadikan otak kita adalah center kepada aktiviti badan. Maka semua di kawal oleh si otak ni ;)
8. Saya tak nak menyusukan, nanti miss B layut/ labuh/ kendur
- Tahukan anda bahawa di planet bumi yang kita pijak ni ada satu daya tarikan yang dipanggil graviti?Jadi sama ada anda menyusukan atau tidak, breast tetap akan kendur. Jadi yang mana satu anda pilih: Kendur tapi berfungsi sepenuhnya untuk menyusukan ke atau kendur tapi takde fungsi apa2? HEHE 18SX pulak tapi ini adalah kenyataan. Kalau berfungsi sepenuhnya Alhamdulillah, kat akhirat nanti ada yang membela kita,InsyaAllah.. Banyak sangat kelebihan bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya susu ibu ni disisi agama, antaranya adalah malaikat sentiasa mendoakan kita sepanjang tempoh penyusuan. Ha, tak nak ke?
Okies tu antara 8 Mitos yang sering saya dengar. Anda pula bagaimana??
Yang penting keep positif. Sentiasa sematkan dalam hati semasa mula hamil tu, yang kita nak susukan baby kita ni sepenuhnya selama 2tahun. Sebab penyusuan susu ibu ni lebih kepada determination kita. Bila dh ada strong determination, apa sahaja dugaan (badan sakit dan penat ke, susu merudum ke, orang sekeliling tak support ke) senang sahaja kita tepis.
Para suami pula wajib bagi sokongan padu pada isteri. Kalau isteri sakit badan, tolong la urutkan, buatkan minuman dan bagi kata-kata perangsang.
Bila susu isteri merudum jangan terus cakap "bia abang belikan susu tin" sebaliknya cakap la "takpe sayang, bia abang carikkan apa yang bole dijadikan milkbooster untuk sayang. Jangan risau k, pasti banyak susu untuk si manja kita ni".
Para suami pula wajib bagi sokongan padu pada isteri. Kalau isteri sakit badan, tolong la urutkan, buatkan minuman dan bagi kata-kata perangsang.
Bila susu isteri merudum jangan terus cakap "bia abang belikan susu tin" sebaliknya cakap la "takpe sayang, bia abang carikkan apa yang bole dijadikan milkbooster untuk sayang. Jangan risau k, pasti banyak susu untuk si manja kita ni".
Sebabnya, isteri akan boleh lalui semua 'kecaman dan ancaman' terhadap breastfeeding ni selagi ada sokongan padu suami ;) (Thanks to Mr. Hubby yang tak putus bagi semua ni, i LOVE u, EH? Hahaha).
Antara Milkbooster yang saya amalkan sepanjang penyusuan anak yang sulong adalah SET BREASTFEEDING Shaklee. Alhamdulillah badan bertenaga, anak pon girang gembira dapat rasa khasiat susu ibu sepenuhnya =)
Antara Milkbooster yang saya amalkan sepanjang penyusuan anak yang sulong adalah SET BREASTFEEDING Shaklee. Alhamdulillah badan bertenaga, anak pon girang gembira dapat rasa khasiat susu ibu sepenuhnya =)
Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
Nak Order Sendiri? Boleh Klik Link Di Bawah Ni Yea:
Sesama =)
ReplyDelete