13 May 2014

Penyakit Semasa Kehamilan

Assalamualaikum

Bila dapat tau kita preggy, rasa gembira tak terkata kan? Bersyukur sangat. Tapi bila dah mula sakit-sakit badan, mabuk, sakit pinggang, tentu kita rasa tak selesa kan? Nak-nak bila diakhir kehamilan, asyik terfikir "cepatlah baby keluar, ibu dah tak larat ni"

- Sakit belakang

Sakit belakang semasa mengandung adalah lumrah bagi wanita. Ia disebabkan oleh kadar hormon progesteron yang tinggi, dimana ia membantu ligamen tulang pelvis untuk melembut dan meregang sebagai persediaan untuk melahirkan. Ligamen spina juga rileks, meletakkan bebanan kepada bahagian belakang dan pergelangan pinggul
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Elakkan mengangkat barang berat dan kekalkan postur yang baik dengan menegakkan badan kita. Urutan dan tilam yang bagus juga insyaAllah membantu.

- Kekejangan

Kebanyakan di antara kita, bila preggy mesti mengalami kekejangan terutama pada waktu malam. 
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Putarkan dan bengkokkan buku lali dengan perlahan untuk 10-20 kali sebelum masuk tidur. Ini akan mengurangkan kejadian kekejangan pada waktu malam. Pastikan kita mengambil susu/sumber kalsium yang mencukupi. Saya selalunya akan makan ostematrix sebelum tidur, InsyaAllah tak kejang kaki. Tapi kalau kejang jugak ( ni kes terlupa makan ostematrix dan terus tidur), kejut Mr. Hubby dan beliau akan begegas bangun dan menegakkan tapak kaki serta mengurut-urut sedikit. Thanks sayang =p

- Pitam

Ada diantara kita yang sering pitam dalam tempoh kehamilan. Saya pula selalu gelap mata masa kehamilan yang pertama dulu, bila dari posisi baring nak berdiri tu tetiba je rase pening dan gelap mata kejap. Ini kerana perubahan hormon dan kenaikan bekalan darah ke uterus boleh menyebabkan tekanan darah menurun, membuatkan kita rasa pening dan mahu pitam
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Jangan berdiri terlalu lama dan elakkan bangun dengan serta merta, terutama sekali selepas mandi air panas. Jika berasa pening, duduk atau baring dibahagian sebelah tubuh dengan cepat. Kalau sentiasa pening dan pitam, better pergi jumpa doctor

- Buasir

Disebabkan tekanan yang meningkat pada rektum kerana bayi sedang membesar (yang menghalang pengaliran darah) oleh itu kita akan kerap ke tandas apabila sembelit.
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Makan makanan berserat tinggi dan minum air dengan banyak untuk mengelakkan buasir. 

- Pedih Ulu hati

Hormon kehamilan menegangkan injap dihadapan perut, membenarkan asid perut untuk memercik ke esofagus. Kesannya adalah pedih ulu hati, iaitu rasa tidak selesa yang berlaku dibelakang tulang breast. Ia biasanya terjadi bila kita duduk atau baring
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Elakkan makan makanan yang berminyak dan pedas. Cuba untuk tidak tunduk atau baring selepas makan ye

- Insomnia

Apabila kandungan kita mula membesar, kita mula rasakan tendangan manjanya. Masa inilah sukar untuk kita melelapkan mata. Waktu kita nak tidur, selalunya waktu itulah waktu baby kita berjaga (T_T") Dan pada waktu inilah kita akan kerap ke tandas.
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Pilih posisi yang paling baik untuk tidur (dengan baring mengiring ke tepi, selalunya dibahagian kiri). Saya selalu letakkan satu bantal dibahagian lutut dan satu bantal dibahagian perut untuk keselesaan. Minuman susu panas, dan urutan juga boleh membantu

- Mabuk

Mabuk semasa kita preggy ni selalunya bermula sejak minggu ke 6 semasa kehamilan dan semakin berkurang pada minggu ke 14. Tapi setiap individu tidak sama. Ada yang mengalami mabuk teruk sepanjang tempoh kehamilan
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Makanlah makanan berprotein dan karbohidrat yang kompleks (kentang, beras perang, bijirin mil penuh, kacang pis) dan minum banyak air dan makan dengan sedikit tetapi kerap

- Jangkitan vagina
Peningkatan discharge adalah normal dalam tempoh kehamilan. Tapi jika mengalami kegatalan dan lelehan putih yang tebal, ia mungkin jangkitan pada vagina. Berpunca daripada jangkitan, Candida albicans, ianya selalu terjadi terutama sekali didalam kehamilan kerana darah pada vagina meningkat, bermaksud gula boleh memasuki bendalir tubuh
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang ketat. Makan yogurt natural tu. Dan segeralah berjumpa doctor kerana jangkitan vagina ini sekiranya serius boleh membahayakan baby kita semasa tempoh melahirkan 
- Vena varikos

Tekanan dan jumlah darah yang meningkat boleh meletakkan injap dibawah tekanan dan menyebabkan penggemblengan darah membentuk vena varikos, secara umumnya dibahagian bawah kaki. 
  • Apa yang harus dilakukan:
    • Elakkan dari berdiri terlalu lama dan jangan duduk sambil kaki bersilang. Tukarkan dan gerakkan buku lali dan ibu jari kaki untuk membenarkan pengaliran darah. Kasut yang bertumit rendah juga boleh membantu

Setiap ibu yang hamil mengalami pengalaman dan kesakitan yang berbeza-beza. Ada yang kerap keluar masuk hospital, ada yang rileks aje. 

Walaubagaimanapon semua itu menjadikan kita ibu yang sangat hebat dan semua kesakitan itu akan hilang sebaik sahaja kita melihat anak yang dikandung selama 9bulan 10 hari itu berada di dalam dakapan kita ;))

Jangan lupa ambil SET IBU HAMIL SIHAT DAN CERGAS yang insyaAllah menjadikan kita lebih bertenaga dan sihat sepanjang tempoh kehamilan 

2 comments:

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount