Start semalam Zuyyin batuk dan selesema. Jadi ibu bagi Zuyyin minum air madu suam pagi-pagi sebelum sarap. Pagi tadi Mr Hubby bagi Zuyyin minum.
Mr. Hubby : Zuyyin, meh minum air madu suam ni
Zuyyin : Bukan la ayah.. honey!
*ibu dan ayah pon tersenyum simpul tengok anak yang baru nak menginjak usia 2tahun 27June2014 ni
Okay, motif disini nak cerita pasal madu ni. Apa yang kita tau madu ni manis.. Dan ada pelbagai jenis madu kan. Tapi kena berhati-hati ye kalau nak beli madu, takut terkena yang fake. Adui la manusia, semua benda nak menipu (T_T")
Jom tengok apakah 10 Khasiat madu yang tidak kita ketahui
- Mengelakkan kanser dan penyakit jantung
- Madu mengandungi flavonoids dan anti-oksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit jantung
- Mengurangkan ulser dan gastrointestinial disorder yang lain
- Kajian terbaru mendapati rawatan menggunakan madu boleh menyembuhkan penyakit seperti ulser dan gangguan usus yang diesebabkan oleh bakteria
- Anti bakteria dan anti fungus
- Semua jenis madu adalah anti-bakteria, sebab semasa pembuatan madu, lebah telah menambahkan enzim yang menghasilkan hydrogen peroxida
- Meningkatkan prestasi atlet
- Atlet zaman dahulu akan makan madu dan buah tin untuk meningkatkan performance mereka. Ini dibuktikan dengan kajian terkini yang menunjukkan madu boleh mengekalkan paras glycogen dan memperbaiki masa pemulihan bebanding dengan manisan lain
- Mengurangkan batuk dan sakit tekak
- Madu terutamanya jenis buckwheat menunjukkan bahawa satu dos madu buckwheat adalah sama effective dengan satu dos dextromethorphan dalam melegakan batuk dan membenarkan tidur yang lena
- Sumber Probiotik
- Madu mempunyai banyak bakteria yang baik dan mesra. Ini termasuklah 6 spesis lactobacilli dan 4 spesis bifidobacteria. Ini mungkin dapat menerangkan misteri kebolehan madu dalam menyembuhkan pelbagai penyakit
- Memulihkan luka dan tempat yang terbakar
- Sapu pada permukaan luaran telah membuktikan yang madu ini sama effective dengan rawatan yang menggunakan silver sulfadiazene. Kesan pengeringan gula ringkas dan sifat anti-bakteria yang ada dalam madu bergabung untuk menghasilkan kesan ini
- Menjadikan kulit cantik
- Sifat anti-bakteria yang ada pada madu ini memang sangat berguna untuk kulit kita, terutamanya sekiranya dicampur dengan bahan semulajadi yang lain akan mendatangkan kesan melembap, membersih dan menyegarkan!
- Menstabilkan gula dalam darah
- Walaupon madu ini terdiri dari gula ringkas, tapi ia tidak sama dengan gula putih yang kita buat masak tu ataupon sebarang manisan tiruan. Gabungan tepat fructose dan glucose yang ada pada madu ini sebenarnya membantu badan untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Menyeimbangkan 5 element
- Madu telah digunakan dalam perubatan ayurveda di India untuk sekurang-kurangnya 4000tahun dan dianggap memberi kesan terhadap ketiga-tiga ketidak seimbangan bahan primitif badan secara positif.
- Madu juga sangat berguna dalam meningkatkan penglihatan,penurunan berat badan, menyembuhkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang, gangguan saluran kencing, asma bronkial, cirit-birit dan loya.
- Madu disebut sebagai 'Yogavahi' kerana ia mempunyai kualiti menembusi tisu paling dalam, dalam badan
Jenis - jenis madu
Terdapat sekurang-kurangnya 40 jenis madu dan masing-masing mempunyai rasa yang unik. Madu yang berwarna gelap cenderung untuk mempunyai tahap anti-oksidan yang lebih tinggi. Madu monofloral biasanya mempunyai Index Glisemix (GI) paling rendah
Amaran!
Madu tidak sesuai diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah (kecuali tahnik-kerana dalam kuantiti yang sedikit). Spora Clostridium botulinum telah ditemui dalam peratusan kecil madu di amerika utara. Ia tidak membahayakan orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar tetapi sangat berbahaya buat bayi.Boleh ke masak dengan madu?
Apabila madu dipanaskan diatas suhu 108 darjah Fahrenheit, ia berubah menjadi bahan gam yang amat susah untuk dihadam. Bahan ini dianggap sebagai toksin kerana ia akan melekatkan tisu badan dan amat sukar untuk dipisahkan.Semoga bermanfaat! =)
Thanks BG..kita memang amalkan minum madu ni..baikuntuk kesihatan kan...
ReplyDeletehaa..bagus =) sangat baik utk kesihatan ^^
DeleteAassalamu'alaikum.
ReplyDeleteSetelah menymak informasinya, memang betul tidak semua orang tahu dan percaya kandungan khasiat dalam madu, namun dengan adanya informasi ini orang akan semakin tahu dan yakin khasiat madu, seperti cara pengobatan yang di lakukan Rasul jaman dahualu. salam silaturrahmi by admin Tempat Wisata di Bali
InsyaAllah..harap semua dapat manfaat dari entry ini =)
DeleteFollower #11.
ReplyDeleteJemput singgah blog saya :
http://drshikinzainal.blogspot.com
Done following your blog =)
Deletemadu mmg terbaik sejak zaman dulu lagi....tapi kena hati2 beli madu sebab byk yg tiruan skrg ni....
ReplyDeleteitulah kan.. susah nak bezakan antara yang original dan tiruan. saya selalu beli yang ada di kedai jual makanan dari timur tengah tu.
Delete