Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan puteri ke-2 pada 07.07.14 pukul 9:50pm di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ditemani suami tersayang sepanjang pertarungan dalam labour room. Thanks sayang, i love u muchos <3
Baby seberat 3.75kg dan sepanjang 50cm itu telah selamat dilahirkan secara normal. Fuh, kus semangat =)
Sebaik sahaja keluar, si ayah terus mengazan, mengiqamat dan mentahniqkan dengan kurma puteri kami ini. Syukur Alhamdulillah.
Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu apabila dapat melahirkan seorang zuriat yang sihat, cukup sifat dan secara normal, tiada sebarang guntingan yang dilakukan. Syukur. Mari amalkan Perineum Massage ye =)
Baby seberat 3.75kg dan sepanjang 50cm itu telah selamat dilahirkan secara normal. Fuh, kus semangat =)
Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu apabila dapat melahirkan seorang zuriat yang sihat, cukup sifat dan secara normal, tiada sebarang guntingan yang dilakukan. Syukur. Mari amalkan Perineum Massage ye =)
Oh okay nak share something new. Mungkin baru bagi saya tapi tidak bagi anda =) Haritu ada terbaca yang sebenarnya, posisi yang terbaik untuk melahirkan tu (semasa contraction la especially) BUKANLAH berbaring sahaja di atas katil dalam labour room tu.
Selama ni kita tengok dalam televisyen memang baring kan? Tapi sebenarnya tidak semestinya. Dan saya telah cuba hari tu, dan ia memang mengurangkan kadar kesakitan contraction tu.
Nak tau macam mana saya tahu berkurangan? Kita boleh mintak tolong hubby tengokkan bacaan yang dicatatkan pada mesin yang dipasang pada perut kita tu setiap kali contraction datang.
Menurut kajian, wanita dalam bilik bersalin tidaklah semestinya berbaring dalam satu jangka masa yang lama, kita perlulah mencari sendiri posisi yang kita selesa, kerana posisi selesa pada sejam pertama mungkin menjadi tidak selesa pada jam berikutnya.
Kajian ini mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk berjalan atau berada pada kedudukan menegak semasa early dan active labour.
Early labour merujuk kepada keadaan serviks yang menipis dan mengembang secara perlahan lahan. Active labour pula merujuk kepada bukaan serviks yang lebih cepat dan pengecutan yang lebih panjang, lebih kuat dan lebih dekat jarak masanya.
Apakah Antara Posisi Terbaik Semasa Melahirkan?
- Berdiri dan Berjalan
- Sesetengah dari kita lebih selesa berdiri dan berjalan secara perlahan-lahan semasa active labour. Semasa contraction, kita boleh berpaut pada dinding ataupon bersandar pada pasangan kita
- Bergoyang/ Swaying/ Rocking
- Bergoyang perlahan-lahan seperti menari dengan mengikut pernafasan kita ataupon alunan muzik boleh menenangkan. Kita boleh lakukan ketika berdiri atau bersandar pada pasangan dalam satu bentuk tarian perlahan.
- Duduk
- Duduk di atas katil atau kerusi dengan bantal menyokong belakang kita. Boleh juga cuba duduk membongkok kedepan sedikit dengan memberikan tekanan kepada bahagian belakang kita.
- Boleh juga cuba "tailor sitting" - duduk bersila di atas katil (atau di atas lantai sekiranya masih di rumah.)
- Menggunakan exercise ball
- Kita boleh buat dua cara dengan bola ni. Sama ada duduk di atas bola, sambil disokong oleh suami supaya tak roll off, sambil duduk di atas bola, cuba bersandar kepada timbunan bantal di atas katil. Cara ini membolehkan kita berada dalam keadaan mencangkung lebih lama dan boleh menggerakkan pinggul dalam keadaan berat badan disokong sepenuhnya pada bola tu.
- Selain itu boleh juga jadikan bola ini tempat bersandar sambil melutut
- Tangan dan Lutut
- Merangkak di atas katil! Kajian menunjukkan bahawa berada pada posisi ini dapat meringankan sakit pada bahagian belakang sebelum dan semasa melahirkan. Jika pergelangan tangan letih, boleh naikkan kepala katil supaya boleh merehatkan lengan.
Berpaut pada dinding |
Tailor Sitting |
Exercise Ball |
Posisi merangkak |
5 Posisi di atas adalah posisi yang jarang kita ketahui. Selain itu ada banyak lagi posisi semasa hendak melahirkan yang boleh kita cuba.
Kalau dah letih sangat, bolehlah berbaring sambil mengiring ke sebelah kiri. Yang penting pilih keadaan yang paling selesa untuk diri kita sendiri. Jangan lupa doa nabi yunus ye!
Semoga bermanfaat!
tips yang berguna untuk para ibu yang nak bersalin
ReplyDeletep/s tahniah dear dah dapat baby baru :)
Hehe tengkiu dear =)
Delete