5 September 2013

Perineum Massage Untuk Amalan Ibu Hamil 35 Minggu

Assalamualaikum,

Pernah dulu menghadiri sesi Antenatal Class di Hospital Ampang, saya dan hubby sanggup amik cuti ni, almaklum la anak first, jadi banyak yang perlu dipelajari. Alhamdulillah sangat berbaloi. 

Dari slideshow kat powerpoint sehingga la latihan senaman untuk ibu hamil di atas lantai, semua sangat2 membantu. Apa yang mengejutkan, ada cara rupanya nak elakkan koyak di area Miss V. Saya ingin berkongsi ilmu yg saya perolehi dari class antenatal ini ;)

Apakah itu perineum?
Kawasan antara kulit vagina dan dubur

Apakah itu episiotomi?
Faraj ibu yang digunting sedikit untuk memudahkan jalan bayi 

Apakah itu perinium massage?

Urutan yang diamalkan apabila usia kandungan ibu yang hamil mencecah 35 minggu untuk membantu memudahkan bersalin dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran lantas tidak memerlukan episiotomy ataupon jaitan yg sangat sedikit

Anda hendaklah memastikan kuku benar2 pendek,tidak tajam dan bersih. Walaubagaimana pun anda hendaklah mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu tentang keadaan anda dan kandungan. 

Kalo doctor kate "on", baby dan ibu tiada masalah, maka sila la mulakan aktiviti ini setiap hari selama 5-10 minit 2 atau 3kali sehari. Untuk memudahkan urutan, anda bolehlah menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau apa sahaja minyak semulajadi yang tiada perasa dan pewangi ;)

Sumber: Majalah PaMa

Teknik urutan perineum
Gamba ini 18sx tapi untuk perkongsian ilmu. Jangan salah guna yea

  1. Sapu jari dengan minyak 
  2. Letakkan 1 atau 2 jari ke dalam dinding vagina
  3. Letakkan 4 jari lagi di bahagian punggung
  4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk U
  5. Urut selama lebih kurang 5 minit setiap kali
  6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada miss V. Ia seperti anda hendak menahan buang air kecil atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
  7. Ulang sekurang-kurangnya 2kali sehari
Credit to: Buah Hatiku Sayang

Kita Berusaha, Allah yang menentukan Segalanya =)


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
Your Independant Distributor ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

5 comments:

  1. nida ni berdebar macam nak beranak sulung.. hihi.. yf 1st baby kan emergency ceaser sebb die da beyak dlm perut ni. yang 2nd ni doc mmng jaga dah.. nak bg sy bersalin normal. huhu.. kali ni lagi debar kot berbanding yang 1st...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nida dah bape weeks? Semoga semua dipermudahkan...Aminnn

      Delete
  2. perkongsian menarik ni sis.. terima kasih. kebetulan saya pun duk menanti kelahiran yang ketiga. setiap kali pon macam 1st time jugak rasa takutnya..ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..welcome dear =) memang kan? rasa klo beranak 10 pon tetap nervous hihi

      Delete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount