3 September 2013

Kelebihan Breastfeeding Kepada Ibu Dan Anak

Assalamualaikum.

Breastfeeding (BF) is such a wonderful experience. Saya yakin semua ibu mengimpikan untuk menyusukan baby sepenuhnya tanpa campur susu formula sehingga 2 tahun tapi tak semua yang bernasib baik. 

Bagi ibu yang berjaya memenuhi misi, tahniah saya ucapkan! Saya tahu tidak mudah untuk memenuhi misi tersebut. Banyak cobaan dan dugaan yang melanda, sama ada full time housewife ataupon working mommies.

Bagi yang belum berjaya, takpe..cuba untuk next babies pulak,hehe. Me, myself masih ade 10bulan untuk melengkapkan misi ini. Semoga Allah mempermudahkan.

Okla, untuk menaikkan motivasi diri supaya sentiasa berkobar-kobar nak teruskan penyusuan, mari kita lihat kenapa orang naaakkk sangat fully BF baby sampai 2 years if possible

  • Kurus
    • Selepas kita bersalin, badan masih lagi berisi kan? BF is the best way to loose weight. Nak tau macam mane? Badan kita membakar hampir 20 calories untuk menghasilkan 1 ounce susu ibu. 
    • Bayangkan sekiranya baby minum 19-30 ounces sehari, WOW! badan dah membakar 380-600 Calories sehari.
    • Selain dari itu, BF juga membantu mengecutkan rahim kita secara semulajadi. Seterusnya mengecutkan balik tummy kita. Maksudnya, boleh la kita pakai balik jeans sebelum preggy dulu.. hehehe =)
  • Bonding time - 
    • Walau sesibuk manapon kita, sebagai BF mommies mesti tetap akan meluangkan masa untuk menyusukan si anak. Bila menyusukan, si anak akan didakap, dan berada sangat dekat dengan ibu. 
    • Mata si anak akan menatap wajah si ibu. Masa nilah kita bercakap-cakap dan meluahkan rasa sayang pada si anak. This is such a precious moment in my life =) 
  • Tenang
    • Perasan tak kalo kita penat balik kerja, stress, bila susukan our precious ones terus rasa hilang sume masalah. Sebab apa? Masa kita susukan tu, hormom prolaktin dan oksitosin di rembeskan. 
    • Hormon ini membantu kita menenangkan perasaaan dan meningkatkan rasa kasih sayang antara ibu dan anak. Hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita =)
  • Jimat - 
    •  Ha tang ni i loike sangat..hehe..Tak yah la dok pikir nak bagi baby susu ape. Ada alahan ke idok. Sebab dah tahu baby dapat susu terbaik di dunia. 
    • Kandungan yang lengkap berubah-ubah ikut keperluan baby pada satu-satu masa. Syukur Ya Allah =) Oh kadang-kadang ada yang cakap "Jimat apenye kalo kena beli pam, storage bottle, breastpad bagai". Ok saya sarankan anda bukak kalkulator dan kira balik harga pam yang beli sekali tu vs harga susu bertin-tin. 
  • Mudah-  
    • Tak perlu bangun malam bancuh susu, tak perlu siapkan bakul untuk pergi travel, tak perlu siapkan air panas. Tak perlu risau expired date susu. Cuma perlu bawa ibu kemana-mana sahaja (^_^)
  • Baby sihat
    • Kita tahu baby yang baru lahir sangat fragile, tak boleh menghasilkan antibodi sendiri sehingga umurnya 2 tahun, BF mempunyai kebaikan dimana antibodi baby "dibancuh" sendiri di dalam badan si ibu. 
    • Contohnya, sekiranya kita ke shopping complex, si anak pegang trolley shopping yang telah dipegang oleh beratus-ratus manusia, tentulah banyak kuman kan? 
    • Jadi apabila baby menyusu, badan si ibu akan 'register' kuman tersebut dan terus 'membancuh' antibodi di kilang susu. Lantas baby kita akan ada rintangan terhadap penyakit-penyakit tersebut. 
  • Memberi perlindungan tambahna terhadap penyakit tertentu seperti:
    • kanser payudara (Helewa,Levesque & Prvencher,2002)
    • kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
    • kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
    • Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
    • Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
    • Mengurangkan insulin bagi penghidap diabetis (Davies HA, British Med J, 1989)
Dan baaanyak lagi sebenarnya Kelebihan Breastfeeding ni. Marilah kita berusaha keras (memang kena berusaha baru berjaya,hehe) untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Sekiranya hati telah tekad dan bulat, apa orang kata pasti boleh di tepis. Jangan cepat down, jangan mudah mengalah ok? Ayuh berjuang hingga ke titisan terakhir =)

Untuk Mendapatkan SET Breastfeeding Shaklee, boleh la mencuba ^^


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
Your Independant Distributor ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Jom Tonton Video ni =)

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount