8 September 2014

Loom Bands Boleh Membawa Maut Kepada Kanak-kanak?

Assalamulaikum

Pernah tengok loom bands?  Bukan getah gelang yang orang buat ikat tempe tu tau. Ini trend terbaru yang orang dok pakai kat tangan untuk perhiasan tu.

Loom band boleh juga di buat charm seperti Thomas Sabo dan Pandora
Memang sangat glamour tau loom bands ni sampaikan Prince William dan Kate Middleton pakai. 
Pasangan secocok ini mengenakann loom bands semasa lawatan mereka ke France
Pemain bola sepak terkemuka David Beckham juga tidak ketinggalan dalam menggayakan loom bands ini.
Loom bands yang digayakan oleh Beckham
Namun adakah anda tahu dari mana asalnya? Siapakah penciptanya? Ha... Loom bands ini adalah idea rakyat Malaysia tau
Cheong Choon Ng, seorang rakyat Malaysia yang mencipta loom band
Cheong Choon Ng, 45 tahun adalah seorang rakyat Malaysia yang telah menetap di US selama 23 tahun. Bekas jurutera Nissan ini mendapat idea untuk mencipta Loom Bands ini setelah melihat anak perempuannya bermain dengan gelang getah.

Namun loom bands ini mengandungi bahan yang carcinogenic (bahan yang boleh menyebabkan cancer) iaitu phthalates yang digunakan untuk menjadiakan loom bands ini lebih flexible, tahan lama dan juga lebih transparent.

Ia adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang berusia 36bulan dan ke bawah yang sangat suka menggigit dan menghisap apa sahaja yang dijumpainya.

Sekiranya kanak-kanak bermain dengan permainan yang mengandungi phthalates dalam masa 10 minit sahaja sehari tidak menjadi masalah.

Tetapi kanak-kanak membuat loom bands dan memakainya dalam tempoh 24jam sehari. Ini menyebabkan bahan carcinogen ini bersentuhan dengan kulit selama berminggu-minggu dan ia amatlah membimbangkan.

Ini kerana kulit kanak-kanak lebih mudah menyerap toxin berbanding orang dewasa. Pthalates adalah carcinogen, boleh menyebabkan mutasi dan juga boleh menyebabkan masalah kepada sistem reproduksi (sistem pembiakan)

Kadar Phthalates yang boleh diterima adalah 0.1%. 

Untuk lebih info boleh baca di sini.

Jadi kalau boleh carik lah toys lain yang boleh di buat main. Getah ikat rambut yang warna warni daripada kain tu pon cantik dibuat permainan =)

Ibu bapa juga disarankan untuk meningkatkan daya tahan sakit anak-anak. Tingkatkan imun sistem mereka dengan Mealshakes, Omega Guard dan juga Vitamin C Chewable yang enak!



2 comments:

  1. ada juga terbaca tentang ni...dan kalau tak silap US dan UK dah ban atau nak ban loom bands ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhla kan.. comel tapi tak sangka bahaya

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount