16 October 2014

6 Tips Mengatasi Mabuk Perjalanan

Assalamualaikum

Anda menderita motion sickness?

Motion sickness adalah merujuk kepada mabuk perjalanan yang sesetengah daripada kita mengalaminya setiap kali travel sama ada menaiki kapalterbang ataupun menaiki kenderaan darat. 
Mabuk semasa menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan

Apakah yang menyebabkan Motion Sickness ni?

Sensor keseimbangan dan equilibrium badan kita dikawal oleh bahagian dalam telinga, mata dan deria rasa. Bila salah satu daripada bahagian ini mengesan pergerakan, manakala bahagian yang lain tidak, otak kita menjadi keliru dan menjadikan kita mabuk dan loya

Tanda dan gejala motion sickness: 

  1. Loya
  2. Peluh dingin
  3. Muntah
  4. Pening
  5. Letih
  6. Sakit kepala
  7. Air liur menjadi banyak secara tiba-tiba
  8. Pucat

Tips mengatasi Motion Sickness

Dalam kereta, elakkan duduk dibahagian belakang
  1. Jaga pemakanan sebelum memulakan perjalanan. Elakkan mengambil makanan berminyak dan berlemak yang boleh menyebabkan motion sickness ni menjadi lebih teruk
  2. Kalau boleh elakkan makanan yang berbau kuat yang boleh menyebabkan kita loya
  3. Kalau boleh, buka tingkap sedikit untuk membenarkan udara segar memasuki ruang kenderaan. Tapi dalam kapal terbang jangan bukak tingkap pula ye, HEHE
  4. Pilihlah bahagian kenderaan yang kurang pergerakan. Contohnya kalau dalam kereta, bahagian belakang lebih bouncy berbanding depan. Bagi kapal terbang pula, bahagian tengah yang berhampiran dengan sayap adalah yang paling tenang sekali.
  5. Pastikan tempat duduk kita menghadap arah perjalanan, elakkan duduk diarah bertentangan
  6. Jaga-jaga sekiranya anda suka membaca semasa dalam perjalanan. Ini juga boleh mendorong kepada berlakunya motion sickness.
Lepas ni boleh la pergi kemana-mana tanpa masalah lagi =)

Semoga bermanfaat!

6 comments:

  1. boleh juga tuh tipsnya mba :)
    aku korban mabuk perjalanan :D

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, boleh amalkan lps ni. Jiha pun kena gak kdg kalau gi travel. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla kadang-kadang bila travel long journey memang tak dapat nk elak

      Delete
  3. Salam singgah...setakat ni lum pernah mabuk time travel lg tapi bagus jgk tips ni leh berjaga2 mana tau makin tua2 sok mabuk lak bila berjalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..makin tua boleh jadi mabuk ek? =p

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount