15 October 2014

Mesin Jahit Comel Dan Murah

Assalamualaikum

Hari yang sungguh menggembirakan, mesin jahit yang dibeli dah tiba! Yeay! Okay seperti biasa mesti lah shopping di Lazada. Yang bestnya Lazada ni, servis sangat bagus. 

Beli petang isnin, malam dah dapat notification tracking number Gdex. Pagi rabu dah smpai =)

Sebenarnya dah lama mengidam nak beli mesin jahit sendiri. Saya belajar menjahit seawal darjah 5. Waktu tu tolong makcik jahit tikam mata lalat di leher baju yang orang tempah. 

Dari situ dah mula buat pencilcase dan pakai buat pegi sekolah. HEHE. Sejak dari itu, setiap tahun saya yang menjahit langsir raya. Bukan kena dera dengan ibu tau, saya yang sukarela nak jahit. Tapi jahit yang simple jela, takde la kerawang sana sini.

Masa tingkatan 3 pulak, lepas PMR saya pergi ke kelas menjahit KEMAS. Bayar RM30 je dan belajar menjahit baju kurung johor. Tapi tak abis belajar pon sebab dah dapat terima tawaran belajar ke MRSM Jasin, HEHE

Jadi minggu lepas saya mencari sebuah mesin jahit untuk menjahit quiet book Zuyyin. Mula-mula ingat nak jahit tangan je, tapi macam terlalu lambat la pulak. 

Mesin jahit beserta pedal dan adaptor. Benang dan jarum pun dapat sekali
Maka pergilah mencari review mesin jahit mini. Tapi bila fikir balik takut tak tahan pulak. Maka saya pun carik la sesuatu yang sederhana, tak besar, tak kecil. 

Setelah baca banyak review positif tentang mesin jahit OMI 505 ni maka saya pon membuat keputusan untuk membelinya. Harga pon berbaloi tau. Lepas tolak diskaun sedia ada dan diskaun sekiranya menggunakan kad kredit citybank sebanyak 10% maka jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM130. 

Saiz yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana

Apa yang ada dalam kotak mesin jahit ni:

1 x OMI Mini Sewing Machine 505
2 x Thread spools
2 x Metal bobbins
1 x Jarum
1 x Pedal kaki
1 x AC adaptor
Kain Felt untuk projek quiet book puteri solehah =)
Ingat nak mula menjahit hari jumaat ni. Harap-harap mesin jahit ni sangat best la. Saya akan bagi review dikemudian hari insyaAllah 

Semoga diberi kelapangan masa =)


Jom Tonton Video ni =)





11 comments:

  1. Heeee ayu pon minay jahit.. beli mesin jenis global lebih kurang cmni kat tesco.. tp mase tu mahal.. dlm 300++ jugak laaa... tp dah 2 tahun pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu, yang global tu memang rm300++ aritu usya kat lazada, tapi tengok macam besar jugak, tuh yang tak jadik beli tu. hehe

      Delete
  2. wah.. comelnya mesin jahit. semoga projek quite book berjaya. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harini nak start..semoga berjaya kepada diri sendiri hehe =)

      Delete
  3. Assalàm...so far, ok lagi tak mesin jahit tu.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam si putih. so far masih okay tapi kalau jahit kain felt 3 lapis dah macam susah nak gerak

      Delete
    2. Kalau jahit bahagian leher baju ok tak? jahitan lurus dia kemas tak? Pastu kot kot ada cara guna. sbb sy baru nk guna mesin ni.

      Delete
    3. Bagi Zarith kalau nak jahit something yang simple boleh pakai ni, tapi kalau nak sesuatu yang lebih serius macam baju ke, tak digalakkan. Lebih baik beli yang besar dan stabil sikit.

      Delete
  4. Cik dila tringin nk bli mesin jhit..dk tgk2 review msin omi ni dlu..huhu

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount