23 October 2014

Cara Nak Kenalkan Telur Kepada Baby Bawah 1 Tahun

Assalamualaikum

Cara Nak Intro Telur Kepada Baby 

Selalunya kita hendaklah memberi baby cuba makan telur apabila umurnya hampir menginjak setahun. Ini untuk menentukan sama ada baby kita tu allergic kepada telur ke tidak sebelum ambil injection setahun iaitu MMR (Measels, Mumps, Rubella) nanti. 
Telur

Cara-caranya ialah:

Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur/yolk?

Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan allergic kepada telur. Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan allergic sama ada ringan ataupun allrgic yang teruk

Bagaimana nak tahu anak kita allergic telur?


  • Gatal-gatal ataupun selesema
  • Mata gatal-gatal dan berair
  • Ruam
  • Bengkak pada badan

Untuk bagi kat baby kita makan, tolong pastikan telur dimasak sepenuhnya ye. Ada Bakteria Salmonella yang sungguh bahaya tau. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk.

Dulu masa kenalkan kepada Zuyyin, saya buat homemade nugget, buat scrambled egg, buat sayur campur, sup sayur pecah telur dan macam-macam lagi. Ibu kena la berdaya kreatif, HEHE.

Semoga bermanfaat!

6 comments:

  1. ingat masa kecik2 dulu.. sy alergik dgn telur.. dh masuk tadika baru okay.. hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tahu..good info sis:)

    http://www.bysyiraishak.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ermmm...Abe kalau telur kuning confirm tolak kat mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan zuyyin..tapi telur asin suke pulak hehe

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount