Newborn melecet di punggung
Zuyyin pernah kena diaper rashes sampai melecet di bahagian punggung semasa saya dalam pantang. Almaklumlah baby kan sangat banyak poop smpaikan kadang-kadang tak perasan pon tetiba dah penuh pampers.
Najis baby adalah sangat tajam dan berasid, tapi takdelah akan melecur tangan kalau kita terpegang, cuma bila terkena kulit baby yang masih sensitif pada waktu tu akan menyebabkan kulit melecet.
Salah satu faktor yang lain adalah kerana kita mengesat punggung anak menggunakan wipes yang dijual dipasaran.
Nappy rash menyebabkan baby tidak selesa |
Salah satu faktor yang lain adalah kerana kita mengesat punggung anak menggunakan wipes yang dijual dipasaran.
Pelbagai jenama nappy rash cream dah saya cuba. Bepanthen, Pureen, Drapolene, namun takde yang mujarab. Saya fikir mungkin krim tersebut tidak sesuai dengan anak saya ataupun ia hanya sesuai digunakan untuk mengelakkan, bukan merawat. Wallahualam.
Masa Zayra ni bila pungung dah start merah je dah tau nak buat apa, so Alhamdulillah la tak melecet macam Zuyyin dulu. Cepat je ok balik.
Zuyyin dan Zayra memang saya cebukkan dalam sink even di tengah malam. Sejak newborn lagi smpai la Zayra dah nak masuk 4bulan sekarang.
Tips Merawat Diaper Rashes Cara Saya:
- Cebukkan baby bawah air mengalir.
Zuyyin dan Zayra memang saya cebukkan dalam sink even di tengah malam. Sejak newborn lagi smpai la Zayra dah nak masuk 4bulan sekarang.Di sinilah tempat mencebukkan Zayra =p |
- Jangan pakai wipes.
Selepas cebuk tu keringkan pakai tuala kecil yang lembut untuk tekap-tekap pada punggung baby. Gunakan sapu tangan yang lembut |
- Sapukan minyak masak (yang belum digunakan) pada punggung baby dengan banyaknya.
Minyak bertindak sebagai lapisan kalis air yang menghalang urine ataupun poop baby yang masih cair tu dari terkena punggung. Saya pernah cuba pakai minyak zaitun, yang pada saya lebih baik namun texture minyak zaitun lebih kepada menyerap ke dalam kulit baby dan tidak menyebabkan punggung baby kalis air.
Last-last kembali kepada ajaran ibuku tersayang, pakai minyak masak,HEHE.
Letak minyak masak dalam bekas dan letak dalam bakul persalinan baby |
- Anginkan *tut* baby
Setiap kali sebelum pakaikan baby pampers baru, anginkan dalam 10 -15minit.
- Salinkan pampers dan cebuk sebaik sahaja baby membuang air.
Jangan tunggu lama-lama. Ade najis je buang, Ade je buang. Ini dilakukan semasa proses pemulihan kulit la ye, kalau setiap hari begini boleh bankrup. Sebab tulah yang paling jimat adalah pakai cloth diapers,HEHE.
Namun kalau nak pakai pampers, sila lah gunakan mamipoko. Fabriknya sungguh selesa pada punggung baby yang agak tidak selesa pada waktu itu.
Bila baby melecet punggung ni, ibu nak tidur pon tak senang, jadi bertabahlah wahai ibu! 3-4 bulan nanti punggung baby dah agak kebal =D
Yang penting jangan stress, nanti susu merajuk =)
Semoga bermanfaat!
Yang penting jangan stress, nanti susu merajuk.
ReplyDeleteWin sangat ayat ni.
Ibu2 yg BF takut sangat bila takde susu kan...
Tapi kdg2 mmg x bleh nk handle stress. :)
kan..memang scaray kalau susu dah start merajuk, nak pujuk balik tu takes time huhu
Delete