21 October 2014

Kekurangan Air Boleh Menyebabkan Keguguran?

Assalamualaikum

Air Sangat Penting Terutamanya Ketika Hamil

Air adalah cecair yang sangat penting bukan sahaja untuk flush out toxin, malah untuk membantu penghadaman. 

Ia juga membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari makanan yang kita makan serta mempunyai ciri-ciri terapi yang membantu mengembalikan kesegaran badan.
70% daripada berat orang dewasa adalah air


Kepentingan air semasa hamil:


  • Kita perlu minum banyak air untuk memastikan kita dapat menerima perubahan yang ketara pada badan dan memberikan kita rasa sihat dan segar.
  • Mengurangkan pembentukan stretchmark kerana air yang mencukupi akan meningkatkan elastisiti kulit.
  • Air juga dapat mengekalkan persekitaran yang sihat kepada baby kita yang belum lahir.
  • Bahan asas dalam pembentukan susu ibu adalah air
  • Ada sesetengah ibu hamil mendapati, dengan pengambilan air yang mencukupi pada jarak waktu yang tetap dapat mengurangkan rasa morning sickness, heartburn dan ketidakhadaman.
  • Mengurangkan risiko terkena kencing kotor kerana dengan minum banyak air akan mencairkan urine.

Akibat kekurangan air bagi ibu hamil:

  • Water retention
  • Loya
  • Cramp
  • Oedema
  • Pening
  • Pada trimester ke-3, kekurangan minum air boleh menyebabkan contraction yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang

Bagaimana nak tahu sekiranya kita kekurangan air:

  1. Mulut kering
  2. Urine yang berwarna agak gelap (sepatutnya warna sangat pale ataupun hampir jernih
  3. Apabila kita tekan bahagian belakang tangan, lambat nak memantul balik
  4. Sakit kepala yang berpanjangan.
  5. Emosi tidak stabil
  6. Ada lingkaran hitam di bawah mata
  7. Nafas berbau (disebabkan oleh bakteria yang sepatutnya di flush semasa kita minum air.)
  8. Sembelit
  9. Urinary tract infection

Bagaimana nak tingkatkan pengambilan air seharian:


  1. Minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur ( air suam dengan sehiris lemon adalah natural cleanser yang terbaik!
  2. Setiap kali selepas pergi ke tandas, singgah sekejap di dapur dan minum 8 teguk air
  3. Minum air 4 ke 5 teguk sebelum masuk tidur.
  4. Elakkan dari berasa haus sebab bila rasa haus, itu tandanya kita dah dehydrate!
Yang penting, minumlah air bertapis, air masak ataupun air botol. AIr yang tidak bertapis ataupun tidak masak berkemungkinan mengandungi bahan tercemar, bakteria dan virus. 

Jangan sesekali tambahkan ais kiub sekiranya tidak pasti sama ada ia daripada air yang dimasak atau tidak.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. oh baru tau ni.. bahaya jugak eh kalau kurng air time pregnant..
    thanks for the info.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah aisya..bahaya betul. kalau preggy,minum air byk2 k =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount