Assalamualaikum,
Hari ni nak share some knowledge and my experience cara untuk mudah bersalin =) Pernah google dulu tapi tak semua pon buat sebab ade yang rase xrelevan,
hehe. Contohnye makan telur mentah tu..err mengikut kajian, klo preggy tak elok kan makan makanan mentah, ade bakteria Salmonella, which can cause danger to our baby. Wallahualam..
- First and foremost sila la hari2 (setiap kali sebelum tido) salam dan mintak maaf kat hubby. Dan hari2 call ibu ayah, tanya kabar lepas tu sebelum letak tepon mintak maaf jugak.
- Amalkan baca Surah Mariam ( kalo tak sempat selalunye bukak je kat iPhone tu,sambil buat kje, sambil dengar)
- Amalkan zikir Nabi Yunus semasa dalam perut ikan yu (ni baca banyak2 mase dalam labour room,especially time contraction tu)
- Banyakkan buat kerja rumah (Saya masuk labour room kol 1130 mlm, pagi sebelumnya tu masih masak, kemas umah dan pack barang2 jualan. Time tu dah ade contraction, so memang lambat buat kerja, asik berhenti je,hehe)
- Banyakkan berjalan (Saya hari2 kat opis turun naik tangga 3 tingkat utk solat, lunch hour berjalan2 mencari makan kat Ampang Park, balik kerja berjalan2 lagi dengan Mr. Hubby- Selalu port kat KLCC la hihi..dah sarat pon sanggup berjalan slow2, lepas tu berhenti jap, mesti orang keliling rase anih, apesal la minah ni xmo berehat je dok umah,haha.. Tengkiu Mr. Hubby larat melayan kerenah daku ^^)
- Makan kurma, air madu, dan air zamzam satu mug HARI2
- Buat perineum Massage untuk melonggarkan otot2 vagina ( ni tau pon sebab pergi antenatal Class kat hospital ampang. Memang best la =))
- Gunakan teknik meneran yang disarankan doctor, jangan ingkar, takut koyak besar..(saya memang skema,huhu)
- Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
- Angkat kepala, dagu cecah dada.
- Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
- Tangan pegang buku lali kaki
- Masa teran jangan keluarkan suara.
- Masa teran jangan angkat punggung.
- Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
- Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . - Credit to Info Ibu Mengandung
- Kalo boleh, Hubby masuk la sekali, pegang tangan isteri, dan bagi kata2 semangat. Bacakan Ayat2 Al-Quran, Surah2 ringkas pon takpe. Sejuk hati ni, tenang rase.. Thanks Mr. Hubby. You did a great Job! =)
- Sebelum pergi hospital tu makan la makanan yg berat, supaya ade energy untuk menge'push'kan diri. HEHE.
Sebelum pergi Hospital tu sempat lagi layan Master Chef Celebriti yang juaranya Dr. Fadzlee tu hehe..Abis je rancangan, ade bloody show, siap2 terus pergi Hospital Ampang at 10.30mlm. Air ketuban pecah,lantas masuk Labor Room Kol 11.30mlm, dengan 3x Push, baby seberat 2.78kg pon memunculkan dirinya tepat pada pukul 4pagi <3
Syukur dengan rezeki ini, diharap next babies pon mudah bersalin..aminn =)
Oh lepas bersalin tu jangan lupa ambil Set Berpantang Shaklee!
Oh lepas bersalin tu jangan lupa ambil Set Berpantang Shaklee!
Jom Tonton Video ni =)
0 comments:
Post a Comment