30 June 2014

Cara Sahur dan Berbuka Bagi Ibu Hamil dan Menyusu

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa selama 2 hari. Baby belum menunjukkan tanda nak keluar lagi =D Harap keluar la esok mengikut EDD, HUHU.

Sebelum mula puasa macam takut juga, boleh ke tengah menghitung hari baby nak keluar, nak berpuasa, tapi yakinkan diri, mesti Allah bantu.

Di samping berbekalkan Set Mighty 3 Gem yang pernah membantu Zarith tahun lepas semasa proses penyusuan Zuyyin yang baru berusia setahun pada waktu itu. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh dan tidak menggangu hak Zuyyin pada waktu itu.

Nak tahu cara Zarith bersahur dan berbuka? Dah dua hari ni Zarith amalkan benda yang sama:

# Untuk Sahur
  1. Set Mighty 3 Gem. 
  2. Kurma Nabi 5 biji
  3. Air Masak almost 1 liter
  4. Nasi sedikit
  5. Vitamin B-Complex dan Vitalea
# Untuk Berbuka
Zarith tak ambil nasi/ makanan berat sebab terkecurkan makanan yang ringan-ringan seperti murtabak, kuih muih dan air yang menggiurkan, yummy! 

Tapi mesti berbuka air panas dulu, lepas dah selesai makan, dah solat, around 8.30 tu baru minum air sejuk yang di beli di bazar. Bak kata orang tua, kalau terus berbuka dengan air sejuk, nanti badan rasa lemah dan tidak bertenaga. 


Zarith pun tak sangka boleh jadi macam Puan Haridah ni. Dia lagi dasyat, mengandungkan anak ke-4 pada usia 34 tahun, mesti lagi letih. Tapi tuhla kan, dengan izin Allah semuanya boleh jadi. Jom tengok apa Puan Haridah ni buat dalam bulan Ramadhan yang sebelum ni tak boleh pon nak berpuasa Rejab dan Sya'ban:



Tips Untuk Ibu Hamil dan Menyusu Ketika Berpuasa

  • Makanan Sunnah:
    • Pengambilan makanan sunnah seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan ketika bersahur dan berbuka
  • Minuman:
    • Minum air masak sebanyak mungkin serta kurangkan pengambilan kopi dan teh kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap ke bilik air. Ini akan menyebabkan kita mudah terhidrasi

  • Protein:
    • Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan protein (Set Mighty 3 Gem kaya dengan protein tau!) kerana ia memberi tenaga lebih lama berbanding karbohidrat

  • Fiber:
    • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran kerana ia boleh membantu kita untuk berasa kenyang lebih lama

  • Gula:
    • Elakkan makan makanan bergula kerana ia akan menyebabkan paras gula kita menjadi tinggi dan rendah secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.

Esok nak masuk hari ke 3 Ramadhan. Semoga semua ibu yang menyusukan dan ibu hamil diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, Amin. 

Jom tengok bagaimana Pn. Haridah berpuasa 30 hari semasa bulan Ramadhan ketika hamil



Sekiranya ibu-ibu nak juga macam Pn. Haridah ni, boleh dapatkan terus dari Zarith ye. Boleh PM/Whatsapp Zarith 013-7510028 =)

Untuk membeli Set Mighty 3 Gem anda boleh klik terus disini:

3 comments:

  1. coffee & tea are diuretics :)
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely! Tapi dua minuman ni yang paling susah nak dielakkan kan =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount