Diam tak diam dah 14 hari saya berpantang. Isnin 7 Julai 2014 - Isnin 21 Julai 2014. Kejap je masa berlalu. Zayra pon dah bercukur pada hari ke-7 Kelahirannya.
Aqiqah pula kami dah wakilkan kepada EZ Qurban untuk melaksanakannya pada hari ke-7 juga. Mereka membuat aqiqah tersebut di Kemboja dan apabila urusan semua telah selesai, mereka akan mengirimkan kepada kami sijil secara pos.
Dua tahun lepas saya berpantang di rumah ibu. Tapi kali ini saya membuat keputusan untuk berpantang sendiri kerana memikirkan parents yang dah tak berapa sihat, taknak lah menyusahkan mereka untuk menjaga saya, Zuyyin dan baby Zayra.
Lagipon kesian kat Mr Hubby yang terpaksa berseorangan di sini. Jadi bila duduk di rumah sendiri, Zuyyin akan dihantar ke rumah babysitter seperti biasa sebelum Mr Hubby pergi ke ofis.
Pengalaman berpantang sendiri memang menarik. Tapi bukanlah bermakna saya buat kerja rumah, memasak dan membasuh bagai. Kami telah mengupah seorang confinement lady untuk menjaga dan membantu saya sepanjang tempoh berpantang.
Confinement lady saya bertungku dan mengurutkan setiap hari, best! |
Kakak ni kami panggil Kak Sal je. Siapa yang duduk area Pasir Gudang dan Masai nak dapatkan perkhidmatan kakak ni boleh la PM saya. Terbaik!
Saya juga dapat timba sesuatu dari Pn. Khadeejah ni. Kerana itu azam untuk berpantang sendiri semakin kuat. Alhamdulillah tiada masalah sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih kepada beliau. Jom tengok video ni, mana tahu ia dapat membantu ibu-ibu lain juga
Tapi kak sal bukanlah jaga saya sepanjang hari, bila kerja semua dah selesai, saya dah makan, baru la kak sal balik. Selalunya dalam pukul 1 tengah hari la kak sal ni balik. 6 hari seminggu.
Tugasan Kak Sal sebagai confinement lady ni merangkumi:
- memasak untuk saya (masakan beliau sedap!)
- mandikan dan siapkan baby Zayra (Tuam perut baby dengan daun mengkudu/ daun sireh sekali)
- basuh dan sidai baju baby Zayra dan kakak baby Zayra. (Tapi kadang kala tolong sidai baju ibu dan ayah baby Zayra jugak, since sebelum pegi kerja hubby akan basuhkan baju dulu).
- Sapu rumah dan kemaskan toys Zuyyin. (Seminggu 2 kali saya akan mintak tolong akak ni mopkan rumah menggunakan Basic H seperti biasa)
- bertungku dan urut sengal-sengal badan setiap hari (yang ni pon best! Cepat kurus kata orang kalau bertungku hari-hari, Wallahualam)
- Kadang kala tolong lipat baju sikit-sikit tapi selalunya saya la lipat sendiri sambil menonton TV sebelum si kakak balik dari rumah Babysitter
Tukang urut pula saya amik bermulanya hari ke-3 berpantang. Saya ambil pakej 5 hari. 3 hari berturut bermula hari ke-3 dan lagi 2 hari semasa pantang hari ke-30.
Alhamdulillah sepanjang tempoh 2 minggu ni tiada sebarang masalah. Ibu ada bersama saya pada minggu pertama berpantang dan terpaksa pulang ke kampung kerana ada perkara yang perlu diselesaikan menjelang hari raya.
Memang ada kelainan bila menggunakan Set Berpantang Shaklee ni. Alhamdulillah tidak sembelit (dulu lepas bersalin, sembelit, sakit woo. Cuak pada jahitan setiap kali nak melangkahkan kaki ke toilet).
Ha..ni la peneman saya setiap hari sekarang ni, bangun tidur sampai la nak tidur malam |
Lepas tu badan rasa ringan, bertenaga dan yang paling penting, susu cukup untuk kedua-dua permata hati. Yes, Zuyyin masih menyusu lagi. Sekarang tandem nursing la. Alhamdulillah. Memang Set Berpantang Shaklee ni sangat-sangat membantu.
Kal Sal tu bila nampak Set Berpantang Shaklee yang bersusun atas almari cloth diapers Zuyyin dan Zayra dia pon tegur " Sekarang ni akak tengok kebanyakan orang yang akak jaga memang makan Shaklee masa dalam pantang. Akak tengok dorang sihat je, menyusukan anak pon susu banyak. Nape la zaman akak dulu takde vitamin-vitamin ni. Tak payah la akak makan ubat periuk yang pahit tu."
Dan lagi satu, Kak Sal ni kan saya mintak tolong dia mopkan rumah menggunakan Basic H, tadi Kak Sal menyatakan lagi rasa jatuh cinta pada Basic H ni.
Setiap kali pegang kayu mop, setiap kali tu menyatakan rasa kagum beliau, huhu. Tidak melekit, tiada kesan tapak kaki, tidak bercapuk-capuk, tak perlu bilas banyak kali (in fact tak perlu bilas pon), semut pon tak datang.
Bila saya bagitahu tentang sebotol yang tak habis lagi tu walaupon saya mop rumah setiap hari selepas masak, dah 2 tahun tapi ada separuh, Kak Sal tu kata "yela, mana nak habis, kan kena pakai dua tiga titik je, dah nama pon concentrated " Pandai pon kakak =p
Ok, kesimpulannya tak la teruk sangat berpantang sendiri, asalkan kita tahu menjaga diri sendiri dan anak-anak. Suami juga perlu memainkan peranan penting.
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Mr. Hubby kerana sangat ringan tulang, walaupon berpuasa dan letih melayan Zuyyin dan Zayra, tapi tetap sudi membantu saya di kala saya memerlukan bantuan beliau.
Oh ye, sekiranya anda nak mendapatkan juga kesihatan optimum dan susu yang mencukupi untuk simanja, boleh la cuba Set Berpantang Shaklee ni. Dah cuba pasti jatuh cinta!
Nak jimat sehingga 33%? Jom la join jadi Ahli Shaklee. Nak tahu bagaimana? Boleh baca dulu apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee ni. Atau boleh terus hubungi Zarith 013-7510028
Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
Jom Tonton Video ni =)
Selamat berpantang zarith..:-)
ReplyDeleteTengkiu mas, HEHE
Deleteselamat berpantang dear :)
ReplyDeleteThanks puteri :)
DeleteKalau kena caranya, tak susah pun berpantang sendiri ni. Thanks 4 sharing
ReplyDeleteKan Arinie. Orang Zaman dulu anak berbelas-belas pon rasanya berpantang sendiri. huhu
DeleteSalam sis kalo dok tmn molek akk 2 leh dtg x??
ReplyDeleteBoleh Inshaa Allah =)
Deletesalam sis, boleh minta contact number k.sal tu?saya pun bercadang nk pantang sendiri Jan 2015 ni..
ReplyDelete