Masalah rahim jatuh selepas bersalin menjadi igauan setiap wanita yang baru melahirkan bayi.
Sangat penting untuk setiap wanita kenal pasti dan cepat-cepat berjumpa doctor sekiranya ada dari salah satu tanda ini sebelum menjadi lebih serius.
Peringkat kejatuhan rahim
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih dalam vagina/faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom
# Peringkat kedua:
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina/faraj. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri
# Peringkat ketiga:
Keseluruhan rahim berada diluar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini organ ini masih boleh ditolak masuk kedalam vagina apabila pesakit baring di atas katil
# Peringkat keempat:
Keadaan organ adalah sama seperti peringkat ketiga namun pesakit tidak boleh memasukkan organ kembali ke dalam vagina biarpun dalam keadaan baring.
Jom kita tengok Siapakah Yang Berisiko:
- Individu yang pernah hamil dan bersalin
- Mereka yang telah putus haid dan menopaus
- Mereka yang menghidapi batuk kronik
Apakah puncanya:
- Rahim jatuh berlaku apabila lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu rahim akan melorot jatuh dan tersembul keluar dari bukaan faraj
- Kerosakan kepada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin
- Kesan graviti
- Ketiadaan hormon estrogen
- Perbuatan meneran berulang-kali selama bertahun-tahun
Langkah pencegahan:
- Semasa hamil:
- Lakukan senaman lantai pelvis
- Semasa bersalin:
- Elakkan meneran terlalu awal sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
- Selepas bersalin:
- Elakkan dari mengalami sembelit
- Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan
- Selepas monopaus
- Hormon Terapi gantian (HRT) mungkin membantu mengurangkan risiko rahim jatuh
- Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barangan berat dan masalah batuk yang kronik
- Lakukan semula senaman lantai pelvis setiap hari
Amalan sihat semasa berpantang:
- Cara berpantang yang betul boleh mengelakkan risiko terjadinya rahim jatuh.
- Pemakanan yang berkhasiat akan membuatkan proses penyembuhan kita berjalan dengan lancar dan ini membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim.
- Pada masa inilah pentingnya pemilihan set berpantang yang betul. Bukan hanya menjaga luaran sahaja (nak kurus) tapi dalaman itu lebih penting.
- Set Berpantang Shaklee yang lengkap dengan khasiat semulajadi menjadi pilihan kebanyakan ibu yang lepas bersalin.
- Air dan fiber yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Masalah sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada masalah rahim jatuh.
- Lakukan senaman pelvis 2 minggu selepas bersalin.
- Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.
Senaman Lantai Pelvis (Kegel Exercise)
- Lakukan kemutan pada otot lantai pelvis - kemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing
- Kekalkan kemutan tersebut selama 5saat dan rehat 5saat
- tambahkan kemutan sehingga 10saat kalau boleh
- Lakukan sebanyak 3kali sehari dan 10 kali kemutan pada setiap sesi
- Anda boleh lakukan kegel exercise ni pada bila-bila masa
Credit : Pa&Ma
Semoga bermanfaat!
Jom Tonton Video ni =)
bini gua kena tahu nih. payah nanti.
ReplyDeletesebarkan untuk kebaikan =)
Delete