4 July 2014

10 Tips Melatih Anak Untuk Belajar Berpuasa

Assalamualaikum

Anak baru nak belajar berpuasa? Elakkan dari memaksa dan menyuruh anak-anak berpuasa sekiranya mereka belum berupaya berpuasa sehari penuh. 

Mereka belum pon mencapai tahap dimana mereka diwajibkan untuk berpuasa. Jadi pada tahap ini kita boleh menggunakan cara halus dan psikologi  untuk menarik minat mereka berpuasa.


#1. Sentiasa bercerita

Setiap kali berpuasa boleh la kita bercerita kepada anak-anak tentang apa itu puasa. Macam sekarang ni kalau Zuyyin nak suapkan makanan dalam mulut ibu dan ayah, kami akan dengan tabah menerangkan yang kami berpuasa.

Mula-mula memang anak kita tak faham, kecil lagi kan, tapi lama kelamaan mereka akan faham


#2. Sabar

Kita jangan tunjuk emosi seperti lapar dan dahaga yang keterlaluan depan anak-anak. Sabar ye. Control macho sikit =p


#3. Berperingkat

Bagi anak-anak yang ingin berpuasa buat pertama kalinya, buat la jadual secara berperingkat. Contohnya pada minggu pertama berpuasa tu boleh la suro anak berpuasa dari sahur sampai pukul 10 pagi. 

Minggu ke dua pula dari sahur sehingga pukul 1 tengah hari. Minggu ke tiga sehingga pukul 4petang dan seterusnya. Jadi anak tak terasa sangat


#4. Semangat

Sebagai ibu bapa kita mestilah sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada anak-anak. Contohnya "lagi 2 jam nak berbuka ni, sayang ibu pasti boleh bertahan"


#5. Leka

Cuba lekakan anak dari fokus terhadap kelaparan. Contohnya ajak anak kita membantu menyediakan kuih raya, mengaji Al-Quran ataupon membantu kita  menyediakan menu berbuka puasa.


#6. Hadiah

Haa sebelum mula bulan Ramadhan cuba tanya anak kita apa yang dia mahukan sebagai ganjaran sekiranya dapat berpuasa pada bulan Ramadhan. Print dan tampal pada dinding berserta kalender buatan sendiri yang menandakan berapa hari anak kita telah berpuasa.


#7. Menu Kegemaran

Sediakan menu kegemaran si manja sepanjang bulan Ramadhan untuk berbuka dan sahur. Jangan lupa sediakan makanan seimbang ye!


#8. Seronok Bersahur

Jadikan waktu bersahur waktu yang paling menyeronokkan. Jangan menengking anak-anak untuk bangun sahur. Boleh juga sesekali mengajak anak-anak untuk sahur di luar


#9. Jauhi Godaan

Cuba simpan makanan dan minuman yang ada dirumah supaya anak kita tak nampak. Elakkan menonton rancangan masakan yang boleh menggiurkan. Kita yang dewasa ni pon kadang-kadang tak tahan, HEHE.


#10. Aktiviti Memenatkan

Elakkan melakukan aktiviti yang memenatkan seperti bermain kejar-mengejar sesama kanak-kanak di bawah cahaya matahari yang terik

Haritu ada dengar Dr. Fadzillah Kamsah bagi ceramah kat TV. Beliau kata jangan terlalu runsing untuk melatih anak berpuasa, selagi belum wajib baginya. 

Yang paling penting adalah melatih anak cukupkan solat 5 waktu. Sekiranya solat cukup, insyaAllah puasanya juga akan terpelihara secara automatiknya.

Jom tengok cara seorang kakak ni melatih anaknya berpuasa dengan Set Mighty 3 Gem Shaklee



Anda boleh terus membeli dengan klik di bawah ini:


5 comments:

  1. panduan yang berguna untuk para ibu bapa yang nak melatih anak mereka untuk berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la puteri praktikkan bila dah ada anak hehe..

      Delete
  2. sgt menarik! wlpn sy blum berumahtangga lg :) .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah berumahtangga bole baca balik entry ni..hihi =D

      Delete
  3. Betul. Jangan paksa anak puasa. Latih solat dulu.

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount