6 October 2014

Pengorbanan Seorang Ibu Yang Menyusukan

Assalamualaikum

Harini dah raya ke-2 Aidiladha. Harap masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua =)

Semoga pengorbanan kita dalam apa juga bentuk diterima Allah.


Sebagai seorang ibu yang menyusukan, saya tahu banyak perkara yang harus kita korbankan. Tidak tidur dengan nyenyak, dan sakit-sakit badan sepanjang tempoh penyusuan. 

Kita juga harus bangun ditengah malam dan awal pagi untuk pam, dan pastikan stok susu mencukupi. Konsep supply vs demand memang sentiasa dijaga.

Tidak boleh mengambil sesetengah makanan, kerana takut akan memberi kesan kepada anak-anak dan juga penghasilan susu. 

Itulah pengorbanan kita sebagai seorang ibu untuk memastikan hanya yang terbaik buat anak-anak. 

Tapi saya bersyukur dan puas hati, kerana pengorbanan kita ini tidak akan sia-sia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui =)

Tapi saya tidak kata ibu yang tidak menyusukan anak-anak tidak berkorban. Sebagai seorang ibu, memang terlalu banyak pengorbanan yang akan kita berikan walaupon terpaksa mengorbankan kerjaya dan cita-cita.

Bangun ditengah malam, membuat susu, salin lampin, menjaga anak sakit. And the list goes on. Eh dah macam ucapan hari ibu pula. HEHE. 

Selamat berkorban wahai ibu-ibu! 

4 comments:

  1. salam aidiladha
    uhhh xtau cmne lagi keadaan nk mnysukan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ibu akan merasakannya.. inshaa Allah one fine day hidayu =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount