Bagi saya, perkara yang paling menyeronokkan adalah untuk membuat stok susu anak untuk bekalan Zayra apabila saya bekerja. Apakah cara yang paling ideal supaya khasiat susu ibu dapat dinikmati oleh si manja secara maximum?
EBM atau Expressed Breastmilk adalah sangat ringkas ikatannya. Jadi ia mudah rosak sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Jom tengok istilah yang perlu kita, sebagai seorang ibu tahu:
- EBM = Expressed Breastmilk (susu perahan)
- Fresh EBM = susu yang baru sahaja diperah
- Chilled EBM = susu yang baru diperah dan disimpan di dalam tempat sejuk (tetapi bukan sejuk beku). Chilled EBM selalunya akan membentuk dua lapisan, lemak di bahagian atas dan air dibahagian bawah yang dipanggil foremilk dan hindmilk. Boleh baca entry saya yang ini
- Frozen EBM = susu yang disimpan ditempat beku
Bekas penyimpanan yang sesuai:
- Storage plastic bag yang akan menjimatkan ruang
- Storage bottle yang comel
- Ada juga yang menggunakan plastik aiskrim dan bekas dadih (saya tidak berapa gemar cara ini kerana ia bukanlah BPA Free)
Tolong pastikan bekas penyimpanan yang hendak digunakan ini bersih, telah disteril dan disimpan dengan elok.
Bila setiap susu telah disimpan didalam bekas, tanda dan lebel bekas tersebut dengan:- Nama anak (untuk mengelakkan susu tertukar semasa di rumah pengasuh)
- Tarikh (gunakan susu yang terdahulu)
- Masa perahan (gunakan susu yang terdahulu)
- Berapa kuantiti susu perahan
Tempat penyimpanan:
Tempat untuk menyimpan susu perahan menentukan jangka hayat susu tersebut. |
Tips dan cara menyimpan
Fresh EBM boleh dicampurkan sekiranya dihasilkan dalam tempoh 24jam dan mempunyai suhu yang sama |
Di pejabat
- Simpan susu yang dah diperah di dalam peti sejuk bahagian chiller dan bukan di tempat sejuk beku simpan ikan tu. Ini untuk mengekalkan khasiat dan antibodi yang ada dalam susu ibu. Lagipun sekiranya susu telah beku di pejabat, semasa perjalanan pulang, kalau jem, susu menjadi cair, ia tidak boleh dibekukan sekali lagi. Perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.
- Sekiranya tiada peti sejuk, boleh juga disimpan di dalam cooler bag yang telah dilengkapi dengan pek ais
Di rumah:
- Simpan susu perahan yang diperlukan untuk hari esok di bahagian chiller.
- Bakinya boleh disimpan di dalam tempat sejuk beku untuk dibuat stok beku.
Zayra sekarang minum 4botol x 5oz susu. Sesi perahan untuk sehari saya akan dapat 6botol x 5oz susu (Ini termasuk pam 3x di pejabat dan 2 di rumah pada awal pagi).
Jadi saya akan simpan 3 botol susu perahan hari ini di bahagian chiller, 2 lagi simpan dalam peti sejuk beku. Saya akan keluarkan 1 botol frozen EBM dari peti sejuk beku dan turunkan ke tempat chiller. Esok pagi baru lalukan bawah air paip untuk mencairkannya.
(Kalau boleh jangan terus lalukan bawah air paip sebaik sahaja keluar dari tempat sejuk beku, ini untuk mengelakkan perubahan suhu secara mendadak yang dapat mengurangkan lagi antibodi yang ada dalam susu ibu itu)
Jadinya bekalan susu Zayra di rumah babysitter adalah 3 botol fresh EBM dan 1 botol frozen EBM.
Kalau anak kita memerlukan 20 oz susu sehari, kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan 20 oz sehari ataupun lebih untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Bekalan yang perlu disediakan untuk dihantar kepada babysitter |
**susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dilemahkan sementara. Apabila susu dipanaskan, antibodi itu akan aktif kembali)
Semoga bermanfaat!
entry yang bagus dijadikan rujukan ibu-ibu yang akan kembali bekerja.
ReplyDeleteSelamat kembali bekerja kak ros! =)
Delete