30 September 2014

Mitos Dalam Menentukan Madu Asli Atau Tidak

Assalamualaikum

Saya adalah pencinta madu. Setiap pagi mesti minum madu yang telah dilarutkan dalam air suam. Banyak sangat khasiat madu ni sampai boleh menyembuhkan beberapa penyakit jika diamalkan, dengan izin Allah.


Khasiat madu

Tapi yang menjadi masalahnya adalah bagaimana caranya nak tentukan yang madu tu adalah madu asli atau bukan?



Madu sukar ditentukan sama ada ia asli ataupun tidak

Ada pelbagai ujian yang boleh di lakukan tetapi ia juga tidak dapat menentukan 100% adakah madu itu asli atau ada campuran pemanis lain seperti gula, molasses, dextrose, corn syrup, kanji dan juga sebagainya. 

Terdapat juga pelbagai mitos yang dikeluarkan dalam menentukan keaslian madu itu antaranya:

  • mengatakan sekiranya madu itu tidak didatangi semut, maka ia adalah asli. Tidak benar sama sekali. Semut kan tertarik kepada sesuatu yang manis dan berkhasiat. Semut akan makan madu, corn syrup dan apa-apa diantaranya.
Semut menghurungi madu
  • Ada juga yang mengatakan hanya madu asli yang akan berpusing ikut arah jam ataupun hanya madu asli yang akan membentuk hexagon apabila diletakkan di atas pinggan dan diliputi dengan air. Tiada bukti sintifik mengatakan yang madu tidak asli tidak mempunyai sifat seperti ini. 
  • Ada juga yang mengatakan sekiranya terbentuknya crystal di penutup botol madu, itu menandakan ia mempunyai tambahan air gula. Yang sebenarnya madu adalah supersaturated sugar solution (larutan gula yang tersangat tepu) maka adalah normal sekiranya terhasil crystal terutamanya di negara yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia ni.
  • Ada juga yang menyarankan ujian menggunakan api. Yang mana kita perlu celupkan cotton buds ataupun kepala lilin yang ada sumbu tu ke dalam madu, dan nyalakan api. Sekiranya tak terbakar bermakna ada campuran air. Ini juga tidak tepat kerana tahap terbakarnya madu tu ditentukan dengan berapa lama kita dedahkan madu tu untuk dibakar ataupun berapa banyak madu yang di celup.
Ujian pembakaran
Sekiranya kita ke kedai untuk membeli madu, adalah tidak tepat dengan hanya melihat kepada food label tentang nutrisi yang ada dalam sebotol madu itu.


Kalau saya, saya akan memilih kepada brand yang dipercayai dan lebih dikenali.

Pernah juga buat ujian dengan meletakkan madu ke dalam segelas air suam, tengok sama ada ia bercampur dengan air ataupun sukar. 



Kalau sukar tu maksudnya asli. Namun ujian ini juga kadangkala tidak tepat memandangkan madu mempunyai kepekatan dan kelikatan yang berbeza.

Kita tahu sekiranya di botol madu itu tertulis 'pure honey' tidak semestinya ia tidak dilarutkan dengan air dan seterusnya ditambahkan dengan corn syrup sebagai pemanis.

Ia cuma menjanjikan yang dalam botol tu memang ada madu asli, cuma tidak dinyatakan berapakah amountnya. 

Anda tahu cara lain untuk tentukan keaslian madu? Jom share =)

7 comments:

  1. saya pun tak pandai menilai madu asli atau tiruan. selalu beli yang jual kat pasaraya tu je.even tulis pure pun saya tak rasa 100% asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla susah kan nak pastikan sama ada madu tu asli ke tidak

      Delete
  2. Salam singgah, hmm.. menarik. Saya suka madu, selalu pastikan ada madu dalam bilik, hehe. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nice sharing BGG..Kita pun selalu amalkan madu ni..cuma tak pasti samada ori or not..he..he.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing BGG...kita memang selalu amalkan madu ni. Tapi tak taulah ori ke tak..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla sekarang dah banyak yang dicampur air atau gula kan

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount