8 May 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum



Semua orang mesti ada cinta pandang pertama kan? Siapa yang cakap takde tu memang tipu la. Pernah tak bila kita tengok kasut ke handbag cantik ke terus jatuh cinta. 

Konon-konon tak nak beli sebab nak simpan duit, tapi selagi tak beli tu bila nak tido pon teringat-ingat. Haa... tulah namanya cinta pandang pertama =)

Pssttt..nak tau tak cinta pandang pertama saya? Hurm..Dulu malu nak declare tapi sekarang memang dah tak dapat di bendung lagi. Rasanya semua orang pon tahu saya sedang dilamun cinta.. HUHU..

Ok disebabkan ramai dah tahu, jadi saya ceritakan la bagaimana mulanya saya jatuh cinta dengan Si "S" ni (bukan nama sebenar). 

Sesi perkenalan bermula sejak saya dah berumahtangga, dah beranak satu pon..melalui seorang rakan online juga...Ha..Suami pada mulanya tak tahu, sebab sesi pembelian barang penyusuan berlaku seperti biasa.

Tapi ahirnya terkantoi juga apabila si "S" sampai di pejabat. Tadaaa~~ Semua orang nampak dan kantoi la di situ. Ya, saya jatuh cinta pandang pertama kepada Shaklee kerana SET MENYUSU BAJETnya.

Mula-mula taknak beli sebab macam mahal. Tapi bila tak beli asik terfikir je. Serius berhari-hari jugak saya berfikir.

Ahirnya saya pon beli lah SET MENYUSU tersebut, bukan itu sahaja, saya terus signup sebagai ahli sebab "terpedaya" dengan "janji-janji manis" yang ditaburkan oleh ibu shaklee saya. Beliau cakap saya boleh dapat 4-5 angka bonus setiap bulan. Saya bukan main teruja lah.

Setelah menjadi ahli, baru saya sedar, saya bukan berada di tengah ladang gula yang manis. Apa yang dikatakan oleh ibu shaklee saya adalah benar belaka. 

Memang saya boleh capai 4-5 angka bonus setiap bulan provided saya bekerja keras untuk itu. Hi, takkan la dok goyang kaki duit dah masuk kan? Allah pon suruh kita berusaha keras untuk dapat ganjaran Syurga-Nya kan?

Tapi saya tak bimbang, sebab saya ade keluarga Shaklee yang sangat supportive dan sedia menjawab segala kemusykilan saya walaupon soalan itu adalah soalan paling basic.

Tak pernah sekalipon saya diabaikan, kecuali jika saya sendiri yang jual mahal, tak mahu rujuk masalah atau sebarang kemusykilan dengan dorang. 

Tengok, tanpa sedar saya mempunyai sebuah keluarga besar yang penuh dengan kasih sayang dan aura-aura positif.

Semakin hari semakin sayang.. Begitu juga saya terhadap Shaklee. Alhamdulillah customer yang consume Shaklee memberikan feedback positif. 


Bukan sekadar menjual, saya juga gembira dapat membantu berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari dalam group-group Shaklee yang besar ini kepada customer

Kasih sayang shaklee ini juga dinikmati kami sekeluarga. Ibu, ayah, adik, kakak, ipar duai, keluarga mertua :) Dari SET SENDI yang sangat melegakan ibu, VIVIX untuk ayah yang gout, GLA untuk adik yang period pain teruk, SET MENYUSU dan SET KURUS untuk kakak. 


Haish rasanya semua vitamins ade kat rumah.. Tak boleh nak kata tidak sebab kami ni sekeluarga memang makan vitamin sejak zaman sekolah, jadi memang dapat rasa perbezaan Shaklee dengan Vitamin lain. Alhamdulillah kami dapat jumpa yang terbaik sebelum terlambat :)


Hurm terus terang saya katakan, dulu rasa menyampah nak join MLM ke apa ke sebab nanti kena carik orang a.k.a headhunting. Saya nih bukanlah seorang yang pandai bercakap dan pujuk-pujuk orang. 


Sedangkan officemate pon, saya tak pernah bagitau yang saya join Shaklee tapi dorang tau sebab barang-barang Shaklee sampai kat opis..HEHE..

Tapi Shaklee bukan begitu, you carik orang ke, orang carik you ke, takde dapat bonus pon dengan setiap member registration yang dibuat. Kita focus pada sales sendiri dan anak-anak. 

Macam kita berniaga kat kedai la, focus pada menjual barang. Cuma bezanya kedai kita ni online la..takyah bayar sewa, lagi jimat kan. Bila ada jual beli, maka insyaAllah halal lah hasil pendapatan kita ;)

Ohye dan betul tentang bonus 4 angka itu kerana saya dah pon merasainya, syukur Alhamdulillah..pada bulan pertama join tu saya cuma dapat 2 angka je tapi tu pon dah cukup seronok. 

Siapa nak bagi kan? Bayangkan lah bila dapat statement maybank ade 4 angka dari Shaklee, seperti kera mendapat bunga la saya,HEHE..

Dan dulu juga rasa menyampah nak join MLM sebab ingat kena attend class, meeting sana sini tinggalkan anak dan suami. Tapi Shaklee ni lain. Kami ada class yang di panggil webinar. 

Apa itu webinar? Ha..zaman sekarang kan zaman IT, semua dihujung jari. Jadi kami mempergunakan teknologi yang sedia ada untuk menambah ilmu di dada.


Install je kat handphone, pakai earphone, dah boleh menambah ilmu. Sambil lipat kain, sambil masak, sambil menyusukan anak pon takde masalah. Tengok, sungguh family friendly kan? 


Kadang-kadang rasa macam...errr..saya ni join group berbisness ke join usrah? HUHU..Seriously banyak yang saya belajar. Tak pernah terfikir akan belajar hal keagamaan dalam group bisnes macam ni. 

Nak berjaya di dunia dan di akhirat, mesti jaga hubungan dengan Allah maka Allah akan jaga urusan dunia kita, InsyaAllah.. Kena sentiasa yakin pada Allah ;) 

Oh dan ini membuatkan cinta saya semakin mendalam terhadap Shaklee. Bukan sekadar produknya, tetapi juga insan disebalik tabir yang membimbing kami dari zero smpai hero ;)

Saya berharap ukhwah yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke Jannah, InsyaAllah. Siapa yang nak join Group Hebat kami ini, sangat-sangat dialukan. PM/Whatsapp Zarith 013-7510028 dan saya akan terangkan bagaimana caranya ;)) 



0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount