Dah lama nak buat entry tentang cara membasuh cloth diapers, tapi belum berkesempatan nak ambil gamba dan sebagainya. Oleh kerana saya dah mula kembali bercloth diapering untuk Zayra (setelah bercuti sebulan) jadi boleh saya kongsikan cara saya membasuh Cloth Diapers (CD) anak-anak dari mereka newborn sampai la Zuyyin dah 2tahun 4bulan dan Zayra 3 bulan .
Koleksi CD Zuyyin dan Zayra |
Cara Prewash CD baru
Sebelum menggunakan CD, kita mesti basuh dulu. Sekiranya CD kita tu dari bahan organik (yang mempunyai kadar penyerapan hebat) contohnya Zorb, Hemp, Cotton, Bamboo ataupon Cotton Birdseye maka prewash hendaklah tidak kurang dari 8 kali.Bila saya katakan 8 kali basuhan, ia bermaksud 8 cycle lengkap dengan basuh dan jemur hingga kering sebanyak 8 kali.
Kali pertama dan kedua hendaklah dengan air suam yang tidak melebihi 60 Degree Celcius. Ini kerana ia mengandungi minyak yang boleh disingkirkan dengan air suam sahaja.
Sabun pula saya akan letakkan pada basuhan pertama dan kedua. Letak sikit sahaja, kalau banyak nanti ada detergent build-up yang akan mengurangkan kadar serapan.
Basuhan ke 3 dan seterusnya saya tidak akan letak sabun pun, hanya dengan air suam 30degree.
**Prewash banyak kali hanya untuk insert tau, cover basuh sekali dah memadai
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kita kena basuh banyak kali, sekali je tak boleh ke?
Cuba bayangkan tuala yang kita pakai tu, semakin banyak kali kita basuh, kan semakin kuat kadar penyerapannya. Dan semakin selesa. Begitu juga dengan CD. Yang mana akan bertambah kadar serapannya apabila kita basuh lebih banyak kaliSekiranya anda pakaikan anak anda dengan CD dan didapati berlaku kebocoran, ini bermakna anda tidak cukup prewash CD tersebut. Maka teruskan proses prewash ye.
Cara Basuh CD selepas digunakan
Cara basuhan CD ni ada wetpail dan drypail. Saya suka cara wetpail. Since saya akan basuh CD selang sehari dengan baju, maka cara wetpail akan memelihara CD dari reput di"makan" urine.Setiap kali masa mandi saya akan bilas CD yang telah digunakan. Mandi petang saya akan bilas CD yang digunakan di rumah babysitter, mandi pagi saya akan bilas CD yang digunakan pada malam hari.
Kalau anak poopoo maka saya akan terus buang stool dalam toilet dan pancitkan air yang laju untuk hilangkan kesan stool tadi. Nampak ada kuning-kuning? Jangan bimbang, langkah seterusnya akan menyebabkan anda tidak percaya.
Setelah bilas saya akan sidai ditingkap bilik air untuk mengelakkan pembentukan 'mold' di CD since saya menggunakan CD organik yang menyebabkan mold mudah terbentuk apabila tidak diuruskan dengan baik.
Jemur selepas dibilas untuk elakkan pembentukan tahi lalat |
Bila tiba laundry day, saya akan masukkan insert ke dalam satu laundry bag dan semua cover dalam satu laundry bag. Sumbat je semua dalam mesin basuh dan tekan je button prewash.
Masukkan sabun basuh CD Friendly dan mulakan basuhan. Selalunya saya akan tambah lagi bilasan untuk elakkan detergent build-up
Setkan prewash dan tambahkan bilasan untuk elakkan detergent build-up |
Lepas tu boleh la sidai di bawah cahaya matahari yang terik. Bila dah kering mesti kagum dengan kebersihan CD tersebut. Stain semua hilang macam magic!
Jemur di bawah direct sunlight untuk insert adalah sangat best! |
Sabun Basuh yang sesuai
Sabun basuh yang sesuai adalah yang tiada enzim, peluntur dan pelembut. Antara yang saya gunakan adalah RGD. Tapi saya pakai juga brand Ecomax dari cosway. RGD ni saya pakai dua minggu sekali ataupun masa nak strip washRGD yang superb! |
Macam tu la cara sara basuh CD anak-anak. Anda pula bagaimana? Pakaikan anak cloth diapers juga?
wahh terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletelepas ni boleh manfaatkan
Selamat bercloth diapers =)
DeleteThanks zarith atas perkongsian ni.. memang sangat2 membantu..:-)
ReplyDeleteHehe.. ahirnya kan mas =p
Delete