30 June 2014

Cara Sahur dan Berbuka Bagi Ibu Hamil dan Menyusu

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa selama 2 hari. Baby belum menunjukkan tanda nak keluar lagi =D Harap keluar la esok mengikut EDD, HUHU.

Sebelum mula puasa macam takut juga, boleh ke tengah menghitung hari baby nak keluar, nak berpuasa, tapi yakinkan diri, mesti Allah bantu.

Di samping berbekalkan Set Mighty 3 Gem yang pernah membantu Zarith tahun lepas semasa proses penyusuan Zuyyin yang baru berusia setahun pada waktu itu. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh dan tidak menggangu hak Zuyyin pada waktu itu.

Nak tahu cara Zarith bersahur dan berbuka? Dah dua hari ni Zarith amalkan benda yang sama:

# Untuk Sahur
  1. Set Mighty 3 Gem. 
  2. Kurma Nabi 5 biji
  3. Air Masak almost 1 liter
  4. Nasi sedikit
  5. Vitamin B-Complex dan Vitalea
# Untuk Berbuka
Zarith tak ambil nasi/ makanan berat sebab terkecurkan makanan yang ringan-ringan seperti murtabak, kuih muih dan air yang menggiurkan, yummy! 

Tapi mesti berbuka air panas dulu, lepas dah selesai makan, dah solat, around 8.30 tu baru minum air sejuk yang di beli di bazar. Bak kata orang tua, kalau terus berbuka dengan air sejuk, nanti badan rasa lemah dan tidak bertenaga. 


Zarith pun tak sangka boleh jadi macam Puan Haridah ni. Dia lagi dasyat, mengandungkan anak ke-4 pada usia 34 tahun, mesti lagi letih. Tapi tuhla kan, dengan izin Allah semuanya boleh jadi. Jom tengok apa Puan Haridah ni buat dalam bulan Ramadhan yang sebelum ni tak boleh pon nak berpuasa Rejab dan Sya'ban:



Tips Untuk Ibu Hamil dan Menyusu Ketika Berpuasa

  • Makanan Sunnah:
    • Pengambilan makanan sunnah seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan ketika bersahur dan berbuka
  • Minuman:
    • Minum air masak sebanyak mungkin serta kurangkan pengambilan kopi dan teh kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap ke bilik air. Ini akan menyebabkan kita mudah terhidrasi

  • Protein:
    • Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan protein (Set Mighty 3 Gem kaya dengan protein tau!) kerana ia memberi tenaga lebih lama berbanding karbohidrat

  • Fiber:
    • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran kerana ia boleh membantu kita untuk berasa kenyang lebih lama

  • Gula:
    • Elakkan makan makanan bergula kerana ia akan menyebabkan paras gula kita menjadi tinggi dan rendah secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.

Esok nak masuk hari ke 3 Ramadhan. Semoga semua ibu yang menyusukan dan ibu hamil diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, Amin. 

Jom tengok bagaimana Pn. Haridah berpuasa 30 hari semasa bulan Ramadhan ketika hamil



Sekiranya ibu-ibu nak juga macam Pn. Haridah ni, boleh dapatkan terus dari Zarith ye. Boleh PM/Whatsapp Zarith 013-7510028 =)

Untuk membeli Set Mighty 3 Gem anda boleh klik terus disini:

29 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak lagi tahun ini. Bezanya kali ini tengah sarat dan due date pon lagi 2 hari. 



Keliru nak berpuasa ke tidak, namun akan cuba juga berpuasa hari ini, InsyaAllah. Dan seperti tahun lepas, Set Mighty 3 Gem adalah rakan baik saya. 

Mr Hubby pon dah preparekan Set Mighty 3 Gem ni untuk sahur esok, letak siap-siap atas meja makan. Thanks sayang kerana memahami keperluanku =)

Selamat berpuasa dan menahan diri dari pelbagai perkara munkar. This might be our last Ramadhan, jadi jom kita banyakkan amalan =)



Untuk terus membeli Set Mighty 3 Gem boleh terus klik di sini




28 June 2014

8 Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Tonsil

Assalamualaikum

Tonsil dan Rawatannya

Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.

Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin. 

Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.


Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.

Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.

Apakah Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil



  • Air Garam

  • Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. 
  • Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
  • Cara:
    • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
    • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
    • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

    • Lemon

    • Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
    • Cara:
      • Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
      • Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

      • Daun Selasih

      • Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
      • Cara:
        • Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
        • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
        • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

        • Kunyit

        • Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni. 
        • Cara:
          • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
          • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
          • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
          • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.

          • Kayu manis

          • Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
          • Cara:
            • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
            • Campurkan dua sudu teh madu
            • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
            • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu

            • Daun Pudina

            • Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
            • Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
            • Cara:
              • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
              • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
              • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
              • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis

              • Halba

              • Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
              • Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
              • Cara:
                • Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
                • Renehkan selama 30minit
                • Biakan sejuk
                • Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh

                • Biji Carom

                • Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
                • Cara:
                  • Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
                  • Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
                  • Angkat dari api
                  • minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
                Sekiranya anda ingin mendapatkan Rawatan Altenatif untuk sakit tonsil ni, bolehlah cuba dapatkan Nutriferon. Ia dirumus khas dari campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun sistem.
                Nutriferon ini menggunakan ramuan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dihasilkan dari biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas jepun. 

                Mari kita lihat perkongsian dari mereka yang mengalami masalah tonsilitis ni:


                #Testimoni 1:


                Masa 1st buat Shaklee, upline bagi try nutriferon  ni sebab anak 2nd selalu tonsil teruk. Bila try bagus pula. Dulu mesti demam berkali-kali dan tak mau makan. Bila amik nutriferon ok pula. Boleh makan dan cepat kecut tonsilnya. Sekarang ni kat rumah wajib ada. Mak-mak yang mengandung pun bagus amik untuk kuatkan imun badan sebab tahun lalu preggy tak da demam pun Alhamdulillah. Kalau demam, orang sabah bilang demam pura-pura ja 

                #Testimoni 2:
                Anak saya demam malam dari sabtu lagi. Panas sampai 40 suhunya. Dah p klinik tapi still tak sembuh. hari ni ingat nak bawa p jumpa paed kalau still tak ok. Semalam bagi Nutriferon kat dia. Masa nak bagi memang la mengamuk sakan. Lepas makan nutriferon tu dia tido lama dari asar sampai maghrib. selalu time tu dia tak tido. Bangun je tido, Alhamdulillah ceria terus. Cakap macam-macam. Malam tadi pun dia tido lena & badan pun dah tak panas. huhu. Lega sangat. Lepas ni kena pastikan stok nutriferon sentiasa ada.

                # Testimoni 3: 


                Sekiranya anda ingin mendapatkannya, harga sekotak adalah RM181.25 (30 sachet x 1.2 gram) Namun, bulan ni ada PROMOSI sehingga 29 Februari 2016. Beli 2 kotak pada harga DISKAUN 5%.

                Sekiranya anda inginkan PENJIMATAN BERGANDA, daftarlah menjadi AHLI hari ini juga dan dapatkan penjimatan sehingga 25-30%

                Hubungi Zarith 013-7510028 hari ini juga untuk dapatkan Nutriferon, agar penderitaan yang anda tanggung selama ini segera berakhir
                  Semoga bermanfaat!




                  27 June 2014

                  Happy Birthday My Baby =)

                  Assalamualaikum

                  27 June 2014 - Birthday tuan puteri yang sangat disayangi yang ke 2 tahun. Pada mulanya ingat dah bersalinkan adik Zuyyin waktu ni, jadi tak la plan something big.

                  Tapi kepala keep on thinking, takkan lah tak celebrate langsung kan? Sian Zuyyin. Jadi beli la hadiah siap-siap dan bungkuskan. In case nak bersalin, dah ada hadiah kan.

                  Bila tunggu-tunggu baby tak keluar lagi, maka pada hari kejadian kami bercadang nak celebrate bertiga je. Buat cake dan some cookies, tiup belon dan bukak hadiah. Tapi bila fikir balik macam menyedihkan juga, ibu pandang ayah, ayah pandang ibu, itu aje.

                  So we decided to throw a simple birthday party. Jemput sedikit Officemate dan jiran tetangga, Mr Hubby buat birthday cake, saya buat mushroom soup. Tapau KFC dan air kotak. Sesuai sangat untuk ibu yang sedang menunggu hari seperti saya =p (read: EDD adalah pada 1 July 2014)

                  Homemade Cheese Cake by Mr Hubby untuk anak kesayangan
                  Alhamdulillah lepas isyak dalam pukul 9.30malam semua dah sampai, dan majlis simple pon bermula. Zuyyin pon happy bukan main lagi, almaklum la dapat present dan ramai yang nyanyikan happy birthday untuk dia, HEHE.

                  Hadiah yang Zuyyin dapat sempena adhoc birthday party =)
                  Hadiah dari ibu dan ayah? Haa..Kami sangat la kagum dengan sejenis playdoh ni, iaitu satu produk dari Sweden, Bubber. 

                  Ini produk dari Wabafun, company yang sama buat Kinetic Sand. Bubber ni pulak sejenis playdoh yang NON-TOXIC, GLUTEN-FREE, NON-DRYING, TIDAK BERMINYAK dan TIDAK MELEKAT pada tangan. Besttt sangat. 

                  Tangan si comel bermain Bubber

                  Happy Birthday sayang.. Semoga jadi anak solehah dan kakak yang terbaik untuk adik-adik Zuyyin =) ibu ayah love u muchos <3

                  25 June 2014

                  Cloth Pad And Cloth Pantyliner on SALE!!!!

                  Assalamulaikum

                  Dah nak dekat birthday tuan puteri yang sorang ni baru la nak update kat blog tentang Sale yang dah berlangsung sejak awal bulan June 2014 aritu. Tapi setakat promo kat Instagram dan Facebook Page Butik GebuGebu je la, HEHE.

                  OK, saya tahu ramai yang belum pernah mencuba pad kain ni lagi, mungkin kerana:

                  Bagi yang mempunyai alasan tentang HARGA, this is the best time for you to try this awesome clothpad and clothpantyliner! Tawaran sah sehingga 30 JUNE 2014 ini SAHAJA!

                  Setahun tak sekali tau sales ini!
                  Ok Siapa nak boleh la PM/Whatsapp Zarith 013-7510028.. 5 More days left =)


                  21 June 2014

                  Homemade Aiskrim Pada Musim Panas

                  Assalamualaikum

                  Hari yang sangat panas. Dah start ke El-Nino? Jemur baju kejap je dah kering. Air masak je dah lebih 3 liter minum, nak buat air sejuk kat umah memang takde ais. Maka Mr. Hubby dengan bijaknya mencadangkan agar buat je aiskrim.

                  So aiskrim berkhasiat kita pada hari ini adalah aiskrim YOGURT ORANGE ;))

                  Senang sangat! Campur je plain yogurt, orange yg di kisar, madu dan chia seeds! Voila~~


                  Ps: Tahukah anda apakah fungsi chia seeds? Ia adalah sebagai sumber kalsium yang penting, lagi bagus dari susu, dan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Chia seeds juga boleh meningkatkan sistem imun kita ;)

                  Oh ye kalau boleh tak perlu la beli yogurt siap berperisa dari pasaraya tu. Yang tu ada gula yang mana tidak elok untuk kesihatan terutama untuk anak-anak 

                  20 June 2014

                  10 Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout

                  Assalamualaikum

                  Gout ni sering dikaitkan dengan lain-lain jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan batu karang. Jadi sebenarnya adalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan yang betul.



                  Bagi yang menderita penyakit gout mesti dah cuba makan pelbagai ubat yang doctor bagi. Apa kata cuba juga Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout

                  • Apple Cider Vinegar (ACV)


                    • ACV yang terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni akan membantu melegakan sakit akut. Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang
                    • Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika anda dapati rawatan ini membantu, anda boleh meningkatkan dos ACV ni kepada 2 sudu besar.
                    • Anda juga boleh cuba mencampurkan 2 sudu besar ACV Organic dan 2 sdu besar madu. Ambil 2kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur.

                  • Halia

                    • Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat boleh membantu untuk melegakan kesakitan dan keradangan. Terdapat banyak cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ni
                    • Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari
                    • Anda juga boleh menambah akar halia ni dalam masakan seharian atau makan secara mentah, kalau lalu la, HEHE
                    • Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum at least sehari sekali.
                    • Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

                  • Baking Soda

                    • Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Baking soda ni selain dari buat kuih ada pelbagai kegunaan tau. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.
                    • Campurkan setengah sudu teh baking sodadalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari. JANGAN lebih tau. Teruskan sehingga 2 minggu
                    • Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari.
                    • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini, okay!

                  • Lemon Juice

                    • Untuk melegakan sakit gout ni, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda. 

                  • Cherries

                    • Cherry sama ada manis atau masam, juga boleh membantu dalam rawatan gout kerana sifat anti-oksidan mereka. Cherry juga mempunyai anthocyanins, yang boleh mengurangkan keradangan.
                    • Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Seperti biasa, yang fresh itu yang terbaik, tapi kalau tak dapat, yang dalam tin pon boleh
                    • Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari. Yummy!

                  • Epsom Salt

                    • Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Kalau saya menggunakannya untuk merawat demam, batuk dan selesema Zuyyin, pesakit gout pulak boleh cuba untuk mengurangkan simptom gout mereka.
                    • Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
                    • Untuk mandi, tambahkan 2  cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali 

                  • Pisang

                    • Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.
                    • Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan
                    • hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu
                    • Selain itu boleh tambahkan sebiji pisang masak ke dalam setengah cawan yogurt. Ini juga dapat menjauhkan diri dari cirit birit =)

                  • Epal

                    • Pernah dengar pepatah orang putih "An apple a day keeps the doctor away"? Nampak sangat banyak khasiat si buah epal ni kan, terutama bagi pesakit gout.
                    • Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

                  • Activated Charcoal

                    • Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout.
                    • Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu
                    • Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.
                    • Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
                    • untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biakan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

                  • Cold Water

                    • Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan.
                    • Bila anda terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk
                    • Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari
                    • Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalm tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik
                  Jadi sekiranya anda penghidap gout, boleh la cuba lakukan rawatan-rawatan ini. Boleh diambil sekali dengan supplement SET GOUT SHAKLEE kerana ianya juga 100% dari BAHAN SEMULAJADI.



                  Harus diingat rawatan untuk keradangan dan mengurangkan simptom gout ini mengambil masa. Tiada penyembuhan secara serta merta.

                  Semoga bermanfaat! 



                  18 June 2014

                  Simptom Gout Dikurangkan Dengan Set Gout Shaklee

                  Assalamualaikum.

                  Hari ni nak ungkai sedikit tentang penyakit yang dah bertahun menghantui hidup ayah. Sian ayah. Harap ayah membaca entryku ini, cewah =p
                  Asid uric yang terbentuk disendi adalah berbentuk seperti kristal
                  Gout ni adalah sejenis artritis yang boleh menjejaskan bahagian-bahagian badan yang berbeza seperti telinga, sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki atau lutut.

                  Simptom-simptom Gout:

                  • Kesakitan yang teruk
                  • Bengkak
                  • Intense tenderness
                  • Keradangan pada sendi

                  Di antara penyebab Gout adalah:

                  • Jumlah asid urik yang tinggi di dalam badan.
                  • Genetik
                  • Penggunaan alkohol yang berlebihan
                  • Kurang bersenam
                  • Pengambilan protein yang berlebihan
                  • Terlalu banyak tekanan

                  Set Gout Shaklee



                  Disamping mendapatkan ubat dan rawatan dari doctor, pesakit gout juga boleh mencuba SET GOUT SHAKLEE yang terdiri daripada Alfalfa Complex, Performance Drink , Advanced Joint Health Tablet dan juga Omega Guard.
                  1. Alfalfa Complex
                    • Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detox (3-4 Liter sehari)
                  2. Performance Drink
                    • Memastikan tubuh penghidap gout mempunyai kandungan air dan gula yang cukupagar tidak berlaku dehydration
                  3. Advanced Joint Health Tablet
                    • Mampu meningkatkan keselesaan sendi dengan menigkatkan cushioning. Glukosamin yang diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yang sihat sebab Zinc, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen tisu penghubung yang memberi kekuataan dan struktur kepada sendi
                  4. Omega Guard
                    • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini mampu mengurangkan keradangan sendi pada pesakit

                  Sekiranya anda ada bajet yang lebih, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil Vivix. Alhamdulillah ayah saya sangat sesuai dengan Vivix. Lagipon tak perlu mengambil vitamin lain dah, Vivix dah lengkap dengan semua yang diperlukan.


                  Makanan yang perlu dielakkan:

                  Pemakanan yang tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine boleh mencetuskan gout. 

                  Pemecahan purine dalam makanan inilah yang menyebabkan gout sebab purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasametabolisme tisu rosak dan ketika tisu koyak. 

                  Kalau peringkat teruk sangat macam ayah tu, makan makanan yang ada ikan bilis sebagai perencah nasi goreng pon tetiba nanti dah jalan terhinjut-hinjut.


                  Jangan biarkan diri anda terus menderita dengan gout ni. Dapatkan SET GOUT sekarang!!

                  Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
                  CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
                  Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
                  COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
                  SMS/Wassap : 0137510028



                  17 June 2014

                  Testimonial AJHT Dan Set Sendi Shaklee

                  Assalamualaikum

                  Alhamdulillah sangat happy sebab dapat tolong seorang rakan.. Aritu beliau panjat platform, biasa la kerja oil&gas memang tak lepas dari aktiviti ni walaupon perempuan. 

                  Nak dijadikan cerita boleh pulak beliau terjatuh. Abis la sakit badan, sampai tak boleh bangun seminggu. Admitted kat hospital pulak tu. 

                  Setelah bertukar-tukar cerita, saya pon mencadangkan beliau amik Set Sendi dan Tulang Kuat Shaklee yang sudah tentulah ada Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

                  Sebelum ni beliau dah hadiahkan satu set ni kepada mak di kampung, sebab terseliuh sampai bengkak kakinya dan Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh seperti biasa.

                  Jadi tak lah susah untuk memujuk beliau untuk mengambil Set Sendi Dan Tulang Kuat Shaklee ni since dah nampak kesan pada mak sendiri..

                  Alhamdulillah lepas seminggu makan secara consistent, badan dan pinggang terutamanya dah tak sakit.. Jom baca testimoni beliau ni:


                  Set ini bukan sahaja sesuai untuk mak-mak kita, seawal usia 20an pon sesuai.. Sakit tak mengenal usia kan.. Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan. 

                  Nak cuba? Jom PM/Whatsapp Zarith 013-7510028 sekarang!!


                  Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
                  CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
                  Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
                  COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
                  SMS/Wassap : 0137510028

                  Anda juga boleh terus membeli dengan klik link dibawah ini


                  16 June 2014

                  10 Rahsia Madu Yang Tidak Diketahui

                  Assalamualaikum

                  Start semalam Zuyyin batuk dan selesema. Jadi ibu bagi Zuyyin minum air madu suam pagi-pagi sebelum sarap. Pagi tadi Mr Hubby bagi Zuyyin minum.



                  Mr. Hubby : Zuyyin, meh minum air madu suam ni
                  Zuyyin : Bukan la ayah.. honey!

                  *ibu dan ayah pon tersenyum simpul tengok anak yang baru nak menginjak usia 2tahun 27June2014 ni

                  Okay, motif disini nak cerita pasal madu ni. Apa yang kita tau madu ni manis.. Dan ada pelbagai jenis madu kan. Tapi kena berhati-hati ye kalau nak beli madu, takut terkena yang fake. Adui la manusia, semua benda nak menipu (T_T")


                  Jom tengok apakah 10 Khasiat madu yang tidak kita ketahui


                  1. Mengelakkan kanser dan penyakit jantung
                    • Madu mengandungi flavonoids dan anti-oksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit jantung
                  2. Mengurangkan ulser dan gastrointestinial disorder yang lain
                    • Kajian terbaru mendapati rawatan menggunakan madu boleh menyembuhkan penyakit seperti ulser dan gangguan usus yang diesebabkan oleh bakteria
                  3. Anti bakteria dan anti fungus
                    • Semua jenis madu adalah anti-bakteria, sebab semasa pembuatan madu, lebah telah menambahkan enzim yang menghasilkan hydrogen peroxida
                  4. Meningkatkan prestasi atlet
                    • Atlet zaman dahulu akan makan madu dan buah tin untuk meningkatkan performance mereka. Ini dibuktikan dengan kajian terkini yang menunjukkan madu boleh mengekalkan paras glycogen dan memperbaiki masa pemulihan bebanding dengan manisan lain
                  5. Mengurangkan batuk dan sakit tekak
                    • Madu terutamanya jenis buckwheat menunjukkan bahawa satu dos madu buckwheat adalah sama effective dengan satu dos dextromethorphan dalam melegakan batuk dan membenarkan tidur yang lena
                  6. Sumber Probiotik
                    • Madu mempunyai banyak bakteria yang baik dan mesra. Ini termasuklah 6 spesis lactobacilli dan 4 spesis bifidobacteria. Ini mungkin dapat menerangkan misteri kebolehan madu dalam menyembuhkan pelbagai penyakit
                  7. Memulihkan luka dan tempat yang terbakar
                    • Sapu pada permukaan luaran telah membuktikan yang madu ini sama effective dengan rawatan yang menggunakan silver sulfadiazene. Kesan pengeringan gula ringkas dan sifat anti-bakteria yang ada dalam madu bergabung untuk menghasilkan kesan ini
                  8. Menjadikan kulit cantik 
                    • Sifat anti-bakteria yang ada pada madu ini memang sangat berguna untuk kulit kita, terutamanya sekiranya dicampur dengan bahan semulajadi yang lain akan mendatangkan kesan melembap, membersih dan menyegarkan!
                  9. Menstabilkan gula dalam darah
                    • Walaupon madu ini terdiri dari gula ringkas, tapi ia tidak sama dengan gula putih yang kita buat masak tu ataupon sebarang manisan tiruan. Gabungan tepat fructose dan glucose yang ada pada madu ini sebenarnya membantu badan untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.
                  10. Menyeimbangkan 5 element
                    • Madu telah digunakan dalam perubatan ayurveda di India untuk sekurang-kurangnya 4000tahun dan dianggap memberi kesan terhadap ketiga-tiga ketidak seimbangan bahan primitif badan secara positif. 
                    • Madu juga sangat berguna dalam meningkatkan penglihatan,penurunan berat badan, menyembuhkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang, gangguan saluran kencing, asma bronkial, cirit-birit dan loya.
                    • Madu disebut sebagai 'Yogavahi' kerana ia mempunyai kualiti menembusi tisu paling dalam, dalam badan

                  Jenis - jenis madu 

                  Terdapat sekurang-kurangnya 40 jenis madu dan masing-masing mempunyai rasa yang unik. Madu yang berwarna gelap cenderung untuk mempunyai tahap anti-oksidan yang lebih tinggi. Madu monofloral biasanya mempunyai Index Glisemix (GI) paling rendah 

                  Amaran!

                  Madu tidak sesuai diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah (kecuali tahnik-kerana dalam kuantiti yang sedikit). Spora Clostridium botulinum telah ditemui dalam peratusan kecil madu di amerika utara. Ia tidak membahayakan orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar tetapi sangat berbahaya buat bayi.

                  Boleh ke masak dengan madu?

                  Apabila madu dipanaskan diatas suhu 108 darjah Fahrenheit, ia berubah menjadi bahan gam yang amat susah untuk dihadam. Bahan ini dianggap sebagai toksin kerana ia akan melekatkan tisu badan dan amat sukar untuk dipisahkan.

                  Semoga bermanfaat! =)

                  13 June 2014

                  Performance Drink Shaklee, Minuman Isotonik Kurang Gula dan Bebas Karbonat

                  Assalamualaikum

                  Performance Drink adalah salah satu minuman kegemaran saya dan suami =) Rasa sensasi oren yang menyengat gitu, HEHE. Kalau dengar dari perkataan PERFORMANCE itu sendiri dah dapat bayangkan tentang 'TENAGA' kan? 


                  Apa lagi minuman yang ada pasaran yang dikaitkan dengan tenaga? Isotonik Drink? Antaranya Revive, 100Plus, Redbull, dan Livita.

                  Kenapa minuman isotonik ni penting?

                  • Minuman isotonik membekalkan banyak kebaikan yang tidak terdapat dalam air biasa. 
                  • Walaupon berpeluh itu baik untuk tubuh kita, tapi kehilangan air dari tubuh yang banyak boleh menyebabkan kehilangan mineral yang penting dari tubuh, dehidrasi dan heart stroke. So, minuman isotonic menggantikan nutrient dan cecair dalam badan dengan cepat
                  Apa itu elektrolit?
                  • Fungsi utama elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan supaya tidak dehydrate dan dapat menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf dan juga otot badan kita. 
                  • Antara elektrolit utama dalam badan ialah Sodium Ion, Chloride Ion, Magnesium Ion, Calcium Ion dan Potassium Ion

                  Jom kita tengok apa perbezaan Performance Drink ni dengan minuman tenaga yang lain

                  • Performance Drink Shaklee ini adalah satu-satunya minuman isotonik yang BEBAS KARBONAT dan KURANG GULA
                  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan elektrolit dalam tubuh sekaligus anda akan dapat mengatasi masalah dahaga
                  • Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan kerbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan kesannya- tubuh akan LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
                  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina

                  Golongan manakah yang sesuai mengambil Performance Drink Shaklee ni?

                  1. Ibu yang menyusukan anak, terutamanya dalam bulan puasa.
                  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup aktif dan aktif bersukan
                  3. Mereka yang berpuasa. Sangat sesuai untuk bersahur dan berpuasa
                  4. Mereka yang menghidap Gout
                  5. Mereka yang kurang minum air dan dehydrate
                  6. Jika anda sering diserang sakit kepala dan migrain
                  7. Anak-anak yang sering demam
                  8. Mereka yang suka minum minuman isotonik tetapi inginkan minuman isotonik yang menjaga kesihatan
                  Jadi jom pastikan Performance Drink ni sentiasa ada di rumah. Nak-nak sekarang ni El-Nino. Bahaya kalau badan kita dehydrate.

                  Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
                  CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
                  Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
                  COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
                  SMS/Wassap : 0137510028

                    Peringatan!

                    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

                    CountCount